Serious?!

‘Fun’, bersahaja, Sherry dan Alif sekali lagi kongsi pentas AJL 33

Oleh  | 

REKOD cemerlang yang ditujukkan Sherry Al Hadad dan Alif Satar semasa mengacarakan Anugerah Juara Lagu tahun lalu telah membuatkan mereka sekali lagi dipilih menjadi pengacara untuk anugerah berprestij AJL 33 yang bakal berlangsung 3 Februari ini.

Rata-rata penonton berpendapat keserasian yang ditunjukkan Sherry dan Aliff semasa berkongsi pentas pada tahun lalu ditambah pula dengan gelagat mereka yang sangat bersahaja telah membuatkan malam berprestij itu diingati.

Bertemakan Supernova,  AJL 33 bakal menyaksikan 12 lagu berentap bagi menuntut gelaran lagu terbaik 2018. Bakal memberikan saingan sengit nama-nama besar seperti Misha Omar (Sampai Bila), Siti Sarah ( Semakin), Siti Nordiana & Jaclyn Victor ( Nisan Cinta), Hael Husaini (Hajat) dan Dayang Nurfaizah (Haram).

Tidak ketinggalan juga, barisan artis-artis lain yang sama hebatnya seperti Ara Johari (Bunga), Syamel (Kau Pun Sama), Khai Bahar (Luluh), De Fam (Bunga), Haqiem Rusli & Aman RA (Jatuh Bangun), Sufian Suhaimi (Di Matamu) dan Amylea & Kaer (Tak Pernah Hilang)

Malam AJL 33 terus menampilkan kelainan dengan persembahan dari kumpulan Search dan artis-artis program realiti seperti Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali.

AJL 33 bakal berlangsung di Axia Arena, Bukit Jalil dan tiket untuk aras 4 masih lagi dijual sehinga hari ini. Orang ramai boleh membelinya melalui atas talian di  www.myticket.asia.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my