D-Life

Fun fact:4 Fakta Menarik Tentang Anak Patung Barbie

Oleh  | 

KORANG mesti pernah ada anak patung Barbie masa kecilkan? Patung ini sangat popular di kalangan kanak-kanak wanita serata dunia dari tahun 60 an lagi.

Bukan itu sahaja, Barbie ni juga ada banyak filem series yang ditayangkan di serata dunia contohnya macam Barbie and the Nutcracker, Barbie as Repunzel, Barbie Swan Lake dan banyak lagi.

Tapi mesti korang tak tahu cerita di sebalik patung ni kan? Haa disini sis nak kongsikan cerita-cerita dan fakta-fakta disebalik patung yang sangat popular ini.

Nama sebenar Barbie

Barbie ni pun ada nama sebenar macam kita manusia ni juga tau dan nama sebenarnya adalah Barbara Millicent Robert. Nama Barbara ini diambil sempena nama anak perempuan pencipta Barbie iaitu Ruth Handler.

Beliau mendapat ilham untuk mencipta Barbie selepas melihat anak perempuannya bermain patung kertas dan terhasil lah patung berbentuk 3D ini pada 9 Mac 1959. Tarikh ini juga diambil sebagai hari jadi rasmi Barbie.

Barbie ada Keluarga, Kawan Dan Teman Lelaki

Barbie ni bukan hanya dia sorang je yang tercipta. Barbie ni ada tinggal disebuah Bandar yang dicipta bernama Willows di Daerah yang benar wujud di Wisconsin. Nama kedua ibu bapa Barbie adalah George dan Margaret Roberts dan Barbie mempunyai adik beradik dan saudara diantaranya adalah Skipper, Todd dan Stacie (adik kembar), Kelly, Krissy, dan Francie.

Bukan itu sahaja, Barbie juga ada kawan iaitu Teresa, Midge, Christie dan Steven. Dan korang mesti kenal Ken, teman lelaki Barbie, tapi korang tahu tak yang Ken dan Barbie pernah berpisah dan syarikat Mattel membuat pengumuman itu sendiri pada tahun 2002. Namun diorang rujuk semula pada tahun 2006.

Barbie adalah Simbol Wanita Berkebolehan.

Pada awal penghasilan Barbie, Ruth Handler dah pun portray kan Barbie sebagai seorang wanita yang independent, yang mempunyai kehidupan yang sangat hebat dan mempunyai pelbagai kerjaya. Barbie dijadikan role model wanita berkebolehan sebab dia melakukan pelbagai kerja seperti juruterbang, doctor, cikgu dan banyak lagi.

 Lagu Aqua “Barbie Girl” disaman Barbie

Siapa yang tak tahu lagu yang sangat popular ni kan? Liriknya pun masih terngiang dalam kepala kita, “im a Barbie girl, in a Barbie world”. Haa tapi korang tahu tak yang lagu ni pernah disaman syarikat pengeluar Barbie kerana memburukkan imej Barbie. Namun syarikat Mattel kalah dalam kes tersebut atas alasan lagu ini hanya sebuah parodi dan sebuah sosial kritik.

Sumber:Wiki

1 Comment

  1. ZZD

    23 October 2019 at 5:48 pm

    Im a barbie girl,in a barbie world

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my