Serious?!

Fun Facts : Fakta tentang Pizza yang Korang Tak Tahu

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Hari ni sis nak kongsikan dekat korang tentang satu fakta menarik tentang makanan barat yang banyak menjadi kegemaran orang ramai.

Makanan yang berasal daripada Itali ini merupakan satu makanan yang dikongsikan kepada seluruh dunia! Apa yang lagi menarik, sis dengar makanan ni jugak pernah sampai ke luar dunia tau!

Mesti diantara korang ni adalah hantu pizza kan? Tak kisah lah korang suka yang jenis banyak cheese ke, thin crust ke, yang penting pizza is bae kan? Haa dekat sini sis nak share 5  fakta tentang makanan yang berasal dari Itali ini yang akan buat korang WOW kerana teruja!

Pizza ke angkasa lepas

Pada tahun 2001, Pizza Hut menjadi restoran pertama yang menghantar pizza ke angkasa. Penghantaran itu untuk angkasawan Yuri Usachov yang tinggal di Stesen Angkasa. Pizza itu di perisakan dengan perasa yang lebih dari biasa kerana deria rasa kurang kuat di angkasa. Ingatkan luar kawasan tak cover.

Pecah rekod dunia!

Cristian Dumitru dari Romania memegang rekod dunia sebagai pemakan pizza terbanyak dan dia memakan pizza seberat hampir 91 kg. Namun, pemegang rekod dunia terdahulu menyatakan sos keju di atas pizza itu terlalu sedikit berbanding yang pernah dimakannya.

Makanan terbesar

Pizza terbesar yang pernah dihasilkan adalah dari Norwood Pick ‘n Pay Hypermarket di Johannesburg, Afrika Selatan. Menurut The Guinness Book of Records, pizza itu sepanjang 37.4 meter dan dihasilkan menggunakan sebanyak 500 kg tepung, 800 kg keju dan 900 kg tomato puree. Pizza ini dihasilkan pada 8 Disember 1990. Boleh bawak satu kampung makan ni.

Pizza paling pantas

Pembuat pizza terpantas di dunia mampu membuat 14 pizza dengan mengambil masa selama 2 minit 35 saat. Selain itu, penghantaran pizza terlama adalah dari Cape Town, Afrika Selatan menuju ke Sydney, Australia.

Penyamar penghantar pizza

Pada lewat tahun 60an, askar Amerika Syarikat dari Unit Perisikan menyiasat wartawan dan ahli politik dengan menyamar menjadi penghantar pizza. Selain itu, pizza memainkan peranan penting dalam memberkas penjenayah bersiri “GRIM SLEEPER” pada tahun 2010 apabila polis penyamar mengambil sampel DNA dari sekeping pizza yang pembunuh beli buat parti keluarganya.

Sis harap korang enjoy fakta menarik yang di kongsikan dalam artikel ni dan jangan lupa untuk kongsikan pada rakan-rakan ya!

Sumber:Pizzaneed

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my