D-Life

Gadis berkaca mata pun kena jaga kulit wajah dari jerawat!

Oleh  | 

UNTUK gadis-gadis yang memakai kaca mata, korang mesti pernah mengalami pertumbuhan jerawat sekitar pipi dan mata kan? Haa, selama ni korang pernah tak menitikberatkan kebersihan cermin mata korang?

Kalau nak tahu sebenarnya, faktor kurang menjaga kebersihan cermin mata boleh mengakibatkan jerawat tau. Macam mana boleh berlaku dan apa cara penyelesaiannya?

Ini lah yang Dhia nak kongsikan kat bawah!

Bagaimana kaca mata boleh mendatangkan jerawat?

Related image

foto: pinterest

Ketika memakai cermin mata, biasanya akan berlaku penekanan cermin mata di kulit kita. Sebenarnya penekanan cermin mata di kulit boleh mengakibatkan proses menggantikan sel kulit mati menjadi terbantut. Akibatnya, sel kulit mati akan menyumbat pori-pori kulit dan boleh mengakibatkan tumbuhnya jerawat.

Selain itu, tekanan daripada cermin mata yang kita pakai juga boleh menyebabkan bahan kosmetik yang kita gunakan seperti serum atau sunblock akan tersumbat ke dalam pori pori. Ini pun boleh mengakibatkan jerawat tau.

Sebenarnya jerawat yang berpunca daripada external problem ni boleh je dirawat dan dicegah dengan mudah. Macam ni caranya!

Setting semula kaca mata

Kalau korang rasa size cermin mata korang terlalu kecil pada muka  sehingga menekan permukaan kulit, sebaiknya korang pergi semula ke kedai cermin mata dan setting bentuk kaca mata yang bersesuaian dengan wajah korang ye.

Bersihkan kaca mata

Related image

Foto: Biokinder

Kebanyakan orang yang memakai kaca mata hanya memikirkan kebersihan lens berbanding bingkai. Sebenarnya bahagian bingkai lah yang menjadi tempat terkumpulnya kotoran tau. Lagi-lagi bila kaca mata korang sering terlurut ke bawah. Itu tandanya kaca mata korang dipenuhi dengan minyak daripada kulit muka korang tu. So lepas ni bila nak cuci lens, jangan lupa cuci bingkainya sekali okay?

Jangan pakai kaca mata untuk sementara waktu

Kalau jerawat di sekitar mata dan pipi korang semakin teruk, sebaiknya korang stop dulu pakai cermin mata sehingga jerawat korang hilang. Bukan apa, takut nanti lebih teruk kesannya bila korang still pakai cermin mata ketika kulit korang dah mula dijangkiti kuman. Ish, bahaya tau.

Simpan kaca mata ke dalam bekas

Image result for cute sunglass box

foto: dhgate

Ha, inilah masalah yang sering dilakukan orang yang memakai cermin mata. Selain daripada  menjaga bentuk cermin mata korang, kotak cermin mata boleh mengelakkan cermin mata korang daripada terkena kotoran. Bila dah letak cermin mata merata-rata mesti senang nak kotor kan? Lepas ni pastikan korang letak cermin mata korang ke dalam kotak bila tidak digunakan ye.

Kulit muka kita merupakan kawasan kulit yang sangat sensitif. Sebab tu lah jerawat sangat mudah tumbuh di kawasan wajah berbanding anggota badan yang lain. So korang kena pastikan kebersihan cermin mata korang supaya tak naik jerawat. Rajin-rajinkan diri cuci cermin mata tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my