D-Life

Gadis luah perasaan kepada bapanya yang ‘down syndrome’ undang sebak netizen

Oleh  | 

SIAPA tak sayang ayah kan. Ayah sajalah lelaki yang tidak pernah menyakiti dan mengecewakan kita. Apa yang kita mahu pasti ayah akan tunaikan dengan menggunakan kudratnya.

Begitu juga untuk gadis bernama Richie yang berasal daripada Filipina ini. Baru-baru ini gadis itu telah memuat naik sebuah ucapan buat bapanya di Facebook sempena ulangtahun bapanya yang ke-50. Ternyata ucapan gadis ini berjaya mengundang sebak netizen lebih-lebih bapanya merupakan seorang down syndrome.

Ini antara bait ucapan yang diberikan oleh gadis itu kepada bapanya.

Image from Richie Anne Castillo/Facebook

Foto: Says

“Ayah, hari ini usia ayah telah menginjak ke-50 tahun dan saya sangat bersyukur ayah masih mampu bertahan sampai ke hari ini. Doktor pun terkejut bila tahu ayah masih kuat bertahan. Saya tahu ayah tidak boleh baca apa yang saya luahkan ini kerana ayah tidak mempunyai Facebook tapi saya mahu satu dunia tahu betapa bangganya saya mempunyai ayah seperti ayah. Saya nak satu dunia tahu kebaikan ayah luar dan dalam,”

Post ini telah ditulis pada 2 Jun lalu dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ayah tak layak dapat anak pengecut macam saya – Richie

Richie juga meluahkan rasa sedih kerana berasa dirinya seorang pengecut selepas menyedari keadaan sebenar ayahnya.

“Ayah, saya mengambil masa yang sangat lama untuk terima keadaan ini. Saya pernah malu mempunyai ayah seperti ayah. Sewaktu saya berada di sekolah dahulu, saya sering dibuli dan diejek kerana mempunyai ayah down syndrome tapi saya belum mengerti apa-apa lagi ketika itu,”

“Ayah tak layak dapat anak yang pengecut macam saya. Ayah berhak dapat kasih sayang, kesabaran dan penerimaan seperti orang down syndrome yang lain. Sekarang saya sedar saya tak pernah lakukakan apa-apa yang menggembirakan hati ayah. Sebab itulah saya menulis karangan ini, “ luah Richie lagi.

Image from Richie Anne Castillo/Facebook

Foto: Says

Gadis ini juga meluahkan rasa betapa beruntungnya dia mempunyai bapa seperti bapanya. Walaupun bapanya perlu mengharungi kesakitan sepanjang pembedahan dan sebagainya, bapanya masih mampu kuat dan bertahan sehingga ke hari ini.

“Ayah sentiasa tersenyum selepas seharian melakukan rawatan di pusat dialisis. Ayah merupakan seorang lelaki yang kuat dan gigih walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan dan ujian dalam hidup ayah. Saya tak mampu bayangkan jika saya berada di tempat ayah,”

“Saya masih ingat lagi sewaktu ayah sedang dirawat, ayah sering mengadu sakit dan letih. Saya tak sanggup tengok sampai saya mengalirkan air mata di hospital. Tak sanggup rasanya tengok ayah dalam keadaan begitu di hospital,”

Gadis ini meluahkan rasa kesal kerana selama ini dia sering menyembunyikan ayahnya daripada rakan-rakannya kerana malu mempunyai ayah down syndrome. Richie juga selalu mempersoalkan nasibnya kerana mempunyai bapa seperti itu.

Lama kelamaan Richie berasa menyesal dan menyedari walau apa keadaan sekalipun, lelaki yang dibencinya itu tetap ayahnya. Di dalam post itu juga, gadis Filipina ini telah berjanji untuk menjaga ayahnya dengan lebih baik selepas ini dan akan membawa ayahnya ke mana sahaja yang ayahnya suka.

Image from Richie Anne Castillo/Facebook

Mata sis masuk habuk pula bila baca kisah ni. Walau macam mana keadaan sekalipun ayah korang, jangan pernah rasa malu dengan mereka ye. Tanpa mereka, kita takkan jadi apa yang kita jadi ketika ini. Semuanya bermula dengan kudrat dan doa mereka tau. Mana yang duduk jauh dengan ayah tu, rajin-rajinkanlah diri call ayah korang untuk  bertanya khabar.

Bergayut dengan boyfriend sampai 3 jam boleh, tak kan dengan ayah sendiri pun nak berkira kan?

Sumber: Says

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my