Dhia Cabar

Apa Wafa buat bila disuruh jadi juri awam dekat Mentor

Oleh  | 

KORANG perasan tak, dalam program Mentor di barisan hadapan ada dua jenis juri. Satu, juri tetap iaitu Datuk Wah Idris dan siapa lagi kalau mommy Mas Idayu. Manakala satu lagi ialah juri awam yang terdiri daripada orang awam, pelakon, dan penyanyi seramai sepuluh orang dan juri awam sendiri menyumbang sebanyak 20 peratus markah untuk setiap peserta.

Baru-baru ini sis menerima e-mel yang membuatkan sis teruja untuk menghadapi hari esok iaitu sis dijemput untuk menjadi juri awam di program cari bakat terkenal di Malaysia iaitu Mentor 7.

Berbekalkan pengalaman dan minat sis mendengar dan menulis beberapa lagu sebelum ini. Sis begitu berbesar hati menerima undangan tersebut.

Dua atau satu

Setiap juri awam boleh menilai dan memberikan markah sama ada 1 atau 2 mengikut persembahan mereka. Jika korang pilih satu  jadi angka satu akan berlampu. Begitulah sebaliknya.  Memandangkan sis bukanlah power  bila nak bercakap tentang vokal. Maka, sis lebih melihat kepada cara penyampaian seseorang itu. Bagi sis cara penyampaian lagu akan menentukan sama ada penyanyi itu benar-benar memahami dan menjiwai lagu yang dinyanyikan.

Secara peribadi, sis merasakan lagu balada sebenarnya sangat mencabar berbanding yang lain sebab ia perlu pergi jauh ke dalam perasaan untuk melahirkan kejujuran.

Menarik untuk Mentor, kesemua peserta membawa genre lagu yang pelbagai. Ia memberikan variasi dan warna-warni sepanjang persembahan nyanyian. Kadang kami berjoget, menggoyangkan bahu. Kadang kami tersentuh dengan lagu yang dibawa dan memandang ke bawah.

Disebabkan ia disiarkan secara langsung, ia membataskan pergerakkan sis untuk bercakap dan merakam lebih banyak footages kali ini.

Semangat sepasukan

Sebenarnya apa yang mungkin korang dapat lihat dengan jelas ialah semangat penyokong yang hadir untuk support bintang kesukaan mereka. Ini kerana, mereka hanya bertempik di belakang kamera menyatakan sokongan. Sis mula terfikir betapa mereka ini bermati-matian memberikan sokongan agar bintang mentor kesukaan mereka masih lagi boleh berjuang di pentas suara untuk minggu mendatang.

Ini adalah pengalaman pertama sis menjadi juri awam untuk Mentor. Apa yang dapat sis perhatikan ialah Mentor 7 tidak hanya tentang perjalanan seorang biasa menjadi bintang di dalam industri. Tapi juga tentang semangat dan kepercayaan peminat dan keluarga untuk memastikan impian setiap daripada mereka boleh tertunai.

Terima kasih Mentor 7, Tunjuk ajarku sifu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my