Serious?!

Gambar diikat bersama darah, perempuan ini disihir kawan sendiri?

Oleh  | 

WALAUPUN kita dah berada di zaman serba canggih tapi masih juga ada yang percaya kepada kepercayaan unsur mistik. Tak tahulah apa yang berada difikiran mereka sampai sanggup melakukan hal-hal terkutuk seperti ini.

Baru-baru ini seorang wanita bernama Asanda Teedow terkejut apabila menjumpai sebuah objek aneh di almari kawannya. Apabila dilihat, rupa-rupanya ia adalah sebuah botol yang berisi batang kayu dan beberapa benda lain lagi yang dikatakan alat untuk sihir.

Dalam tweet berkenaan. Asanda mengakui takut untuk bertanya rakannya itu.

Seorang pengguna Twitter ada juga memberi respon mengatakan ia adalah sebuah ritual sihir yang dipanggil voodoo iaitu magik tradisional Afrika dan Katolik. Pengguna bernama Nonhlah itu juga mengakui pernah terkena hal yang sama dan meminta agar Asanda membakar objek itu.

Asandra telah berjumpa dengan dua orang paderi. Rupa-rupanya, di dalam botol itu turut ada kulit ular, kemenyan, darah,subang dan gambarnya yang hilang di dalam plastik kecil. Ia merupakan pengalaman yang menakutkan untuk Asandra.

Sihir adalah perbuatan terkutuk yang dilakukan untuk membinasakan orang lain. Dalam Islam, sihir adalah dosa kedua terbesar selepas syirik kepada Allah.

Semoga kita sentiasa dilindungi Allah daripada perkara-perkara seperti ini.

Sumber: Siakap Keli

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my