Serious?!

“Gambar dilamar bukan gimik” Wany perjelas salah faham gambar di Instagram

Oleh  | 

KECOH di laman sosial Instagram apabila pihak pengurusan kepada penyanyi Wany Hasrita memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan Wany seperti dilamar oleh seseorang.

Dengan kapsyen ringkas berbunyi

“Serius ke @wanyhasrita sudah dilamar? ”

 

View this post on Instagram

 

Serius ke @wanyhasrita sudah dilamar?

A post shared by FMC Music (@fmcmusic) on

Ia telah mengundang tanda-tanya dan teka-teki netizen yang beranggapan bahawa pelantun lagu Menahan Rindu itu telah disunting oleh seseorang.

Bagi mendamaikan kekecohan tersebut team Dhia sempat terjah Wany Hasrita semasa di belakang pentas separuh akhir Muzik-Muzik tempoh hari untuk mendapatkan komen daripada tuan badan sendiri.

“Gambar itu dimuat naik oleh syarikat rakaman saya. Tapi semua sudah selesai dan mereka turut meminta maaf atas apa yang berlaku. Saya pun tidaklah merajuk lama-lama.” katanya.

Ditanya sama ada artis itu sengaja melakukan perkara sedemikian untuk tujuan gimik bagi  meraih perhatian, Wany Hasrita telah menafikan sekeras-kerasnya ura-ura tersebut.

“Ia bukan gimik, tapi gambar dari video yang disalah tafsir bedasarkan kapsyen sehingga orang pun tertanya-tanya dan salah faham. Tapi kita dah betulkan dan ia bukan gimik tetapi ialah sedutan dari video muzik terbaharu.” jelasnya lagi.

Syarikat rakaman Wany kemudian memuat naik video sedutan daripada muzik video lagu terbaharu Wany yang bakal dimuatnaik tidak lama lagi bertajuk Aku Serious.

 

View this post on Instagram

 

Owhhhhhh MV Aku Serius rupanya…. 5 hari lagi….tggu ye…

A post shared by FMC Music (@fmcmusic) on


Wany Hasrita pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular semasa Anugerah Bintang Popular BH tahun ini. Kememangannya telah menyingkirkan Fattah Amin, Khair Bahar dan Fazura.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my