D-Life

Gantikan snek anda dengan 5 snek sihat ini

Oleh  | 

DISEBABKAN penularan wabak COVID-19 ini, kita telah dinasihatkan untuk kekal berada dirumah bagi bertujuan untuk membendung penyebarannya.

Oleh sebab itu, mesti ramai yang mempunyai masa lapang yang banyak. Ada sesetengah orang  mula menaik habit-habit seperti makan ketika bosan.

Biasanya, yang sebegini adalah kaki snek!  Tak salah kalau nak enjoy makan snek-snek yang ada. Yang salah adalah pemilihan snek tu.

Kita tahu banyak snek yang boleh membuatkan berat badan kita naik  mendadak. Oleh sebab itu, sis nak sarankan dekat korang untuk tukar pemilihan snek kepada yang lebih sihat.

Epal

Menurut kajian daripada sumber Women’s Health, menyatakan tiga biji epal dalam masa satu hari dapat membantu mengelakan peningkatan berat badan dan penurunan berat badan!

via GIPHY

Kacang Badam

Kacang almond bukan sahaja membantu untuk menyihatkan kullit, malah ia juga merupakan snek yang sihat tanpa menaikkan berat badan!

via GIPHY

Anggur beku

Ha yang ni adalah untuk kawal craving makanan-makana yang manis. Korang boleh kawal dengan membekukan anggur yang sudah bersih dibasuh. Biarkan beku di dalam peti sejuk dan makan saja seperti gula-gula!

via GIPHY

Yogurt

Kalau malas nak sediakan makanan sihat, korang boleh dapatkan low-fat yogurt yang mengandungi pelbagai jenis  khasiat dan mampu mengelakkan peningkatan berat badan!

via GIPHY

Daging ayam

Daging ayam yang sis maksudkan bukan bergoreng ya, tapi daging ayam panggang atau grilled. Korang salutkan denagn sos pilihan masing-masing dan makanlah dengan sayur-sayuran.

via GIPHY

Sumber:Nadhiwueen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my