Serious?!

Gara-gara curi durian, tupai ini disiksa tanda amaran!

Oleh  | 

BINATANG yang tidak mempunyai akal pun tidak sebegitu kejam. Akibat terlalu sibuk akan keadaan kebun, tindakan zalim dilakukan keatas seekor binatang yang kecil malah comel.

Seekor tupai mati kerana diikat dan dibiarkan tergantung pada buluh di kebun durian dan sudah tentu menjadi punca kemarahan pencinta haiwan.

Kejadian ini tular di Facebook dan menyebabkan ramai netizen mengecam tindakan terkutuk berkenaan. Menurut sumber, kejadian itu berlaku di sebuah kebun durian yang berada di Pahang pada minggu lalu.

via GIPHY

Perbuatan tersebut telah dirakam oleh orang awam. Presiden Persatuan Haiwan Malaysia atau MAA berkata pihak mereka menerima gambar tersebut dan terkejut akan tindakan keji ini.

Arie Dwi berkata lagi, MAA berasa kesal dan dukacita kerana masih ada lagi individu yang bersikap zalim dan sangat tidak berhati perut.

Tindakan itu sebenarnya telah melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 di mana individu tersebut boleh didakwa dan dikenakan hukuman.

Walaupun keadaan itu berlaku di kawasan persendirian, akan tetapi tetap salah dan tidak boleh buat sesuka hati melakukan kekejaman terhadap sebarang jenis haiwan liar.

Sumber: Wikipedia

Hidupan liar jelas adalah hak dibawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar atau PERHILITAN dan kematian haiwan itu harus dilaporkan.

Menurut sumber, Arie Dwi menolak kemungkinan pelaku melakukan tindakan tersebut atas sebab marah akan  banyak buahnya rosak dan mahu memberikan amaran kepada tupai yang lain.

Jelas sekali tindakan itu tidak masuk akal! Oleh sebab itu, MAA menawarkan ganjaran sebanyak RM2000 kepada saksi yang memberikan maklumat berkenaan kejadian supaya pemiliknya berjaya dijejak dan dikenakan hukuman.

Sumber: Facebook

Bukan itu sahaja, rasa kesalan itu wujud juga atas sebab memuat naik kepada media sosial untuk tontonan umum di mana jelas sekali tidak patut dilakukan.

PERHILITAN dikatakan mempunyai kuasa khusus dalam kebajikan haiwan liar yang dilindungi mengikut seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan berbeza dengan Jabatan Veterinar yang mengambil tindakan terhadap haiwan peliharaan mahupun ternakan.

 

Sumber:Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my