Serious?!

Gara-gara nak ikut trend, pengusaha bikin ‘bubble tea’ dari…

Oleh  | 

KALAU buka sahaja twitter atau Instagram story, masing-masing penuh dok update minuman bubble tea yang tengah trending. Masing-masing ada favorite jenama tersendiri. Yeah, tekak orang kan lain-lain.

Tapi, ini pula kisah lain yang berlaku dekat China apabila stesen televisyen Shandong mendedahkan salah satu minuman bubble milk tea yang terkenal di negara itu rupanya mengandungi sel kasut kulit dan tayar. Adoi macam-macam!

via GIPHY

Ceritanya bermula apabila seorang wartawan memesan minuman bubble tea dari sebuah kedai tempatan. Dia kemudian pergi ke hospital berdekatan bagi menjalani pemeriksaan CT scan. Hasil imbasan menunjukkan perutnya dipenuhi bubble pearls yang tidak dihadam.

Ia kemudian dirujuk oleh saintis di Pusat Kimia Universiti Qindao. Apa yang menarik ialah saintis itu juga turut binggung dan tidak dapat mengesahkan apa yang terkandung di dalam bubble tea itu. Cuma apa yang pasti ia diperbuat daripada sejenis bahan yang mengandungi ciri pelekat yang kuat.

via GIPHY

Seorang wartawan yang menyamar telah menemu ramah pengurus bubble tea di sekitar bandar namum tiada siapa yang tahu apakah bahan untuk membuat bubble tea itu. Namun, ketika wartawan itu singgah di sebuah kedai yang lain, ada seseorang telah mengatakan bahawa bubble tea itu dibuat di sebuah kilang kimia yang terang-terangan dibuat dari tapak kasut lama dan tayar lama.

FOTO: Hongkongfp

Walaupun laporan stesen televisyen itu tidak dapat dibuktikan lagu kebenarannya. Namun ia secara tidak langsung memberikan reputasi dan imej buruk pengusaha bubble tea di China.

BACA: Fikir dua kali kalau nak makan bubble tea lepas ni

Risau juga sister kalau tengah sedap-sedap minum bubble tea tapi tiba-tiba rasa tayar. Yucks, tak selera. Korang kalau pergi China tu hati-hati tau kalau nak minum bubble tea!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my