Serious?!

Gara-gara sakit hati dihina mentua, wanita ini bunuh suami sendiri!

Oleh  | 

KATA orang, perkahwinan ini bukan hanya melibatkan dua orang yang saling jatuh cinta. Bila kahwin dengan seseorang ini, kita wajib menyukai keluarganya sekali. Sebab itu kita banyak kali dengar kisah rumahtangga yang retak gara-gara keluarga mertua masuk campur. Kalau tak sekepala, mulalah salah di sini dan sana.

Ini cerita lebih ngeri yang berlaku dekat Indonesia. Gara-gara ibu mentua selalu hina dirinya yang merupakan isteri kedua. Seorang wanita bertindak membunuh suaminya.

Rosmiati mengaku hidupnya tidak pernah tenang sejak berkahwin empat tahun lalu dan menjadi isteri kedua kepada Alexander Putra. Keluarga mentuanya tidak pernah gembira dengan kehadirannya dalam rumahtangga. Apa yang menambah sakit hati, suaminya tidak pernah sekali pun back up dirinya bila dihina.

“Saya dihina terus-menerus oleh keluarganya. Suami saya tak bagi saya keluar dan saya kena duduk dalam rumah itu. 

“Saya sakit hati  dihina. Suami diam tak ambil tindakan,”

Tidak tahan dengan situsi yang berlaku, Rosmiati telah mengugut untuk membunuh diri. Marah dengan tindakan isterinya, Alexander telah mencekik dan menampar Rosmiati selain turut untuk menyatakan ugutan untuk bunuh diri.

Mereka kemudian berebut pisau sehingga Alexander tertikam pisau tersebut.  Rosmiati terkejut kemudian meminta pihak polis membawa suaminya ke hospital. Namun, suaminya tidak dapat diselamatkan.

Keluarga pihak lelaki kemudian membuat laporan polis dan menuduh Rosmiati sebagai pembunuh sebelum  siasatan dijalankan.

Kalau  Rosmiati didapati bersalah, dia akan berhadapan hukuman penjara 15 tahun.

Betul kata pepatah, kerana mulut badan binasa. Kadang kita tak tahu risiko yang dihadapi jika sentiasa diperkecil dan dihina. Minta simpang benda macam ini berlaku kepada diri kita.

Sumber: Sosok

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my