Serious?!

Gemar berkongsi gambar tidak senonoh? Ini jawapan dari pakar.

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy!  Sis terpanggil nak memberikan penjelasan dengan berkongsikan jawapan daripada pakar mengenai isu ini.

Ramai yang sis dengar kes-kes melibatkan lelaki yang gemar berkongsikan foto atau gambar kemaluannya kepada individu yang lain mahupun lama atau baru kenal!

Kadang kala sis tertanya-tanya kenapa mereka sanggup melakukan perkara sebegini dan apa erti malu bagi mereka ni? Tidakkah mereka memikir apa kesan atau akibatnya kepada orang yang mereka kongsikan itu?

via GIPHY

Rupa-rupanya mereka yang gemar melakukan tabiat ini sebenarnya mempunyai masalah mental! Mereka ini dikatakan antara individu yang mempunyai harga diri yang rendah dalam kumpulan lelaki. Ini adalah menurut daripada kajian yang dibentangkan oleh The Society for the Scientific Study of Sexuality dan bukan sis yang cakap tau.

Kajian ini dijalankan dengan meninjau sebanyak 378 lelaki yang berusia 18 tahun ke atas akan pengalaman mereka berkongsikan gambar kemaluan secara diminta atau tidak. Lebih kurang 77% daripada mereka ini adalah heteroseksual.

Menurut sumber lagi, individu-individu ini juga lebih cenderung untuk menipu apabila menjawab soalan berkaitan dengan harga diri masing-masing.

via GIPHY

Ternyata, menghantar gambar kemaluan dan personaliti masing-masing mempunyai kaitan di mana gambar yang tidak diminta mempunyai harga diri yang rendah dan keperibadian yang tidak bermoral. Pendek kata, lebih tidak senonoh dan mempunyai minda yang kotor.

Bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan mempunyai sifat “narcissistic” dan juga mempunyai pandangan negatif terhadap wanita. Jadi, pastikan korang menjaukan diri daripada jenis-jenis lelaki yang sebegini okay?

Sumber:Wanista

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my