Serious?!

Gembira tak terkata, Alif Satar kongsi tarikh hari lahir dengan putera kesayangan!

Oleh  | 

BENARLAH Tuhan adalah sebaik-baik perancang apabila pengacara, pelakon dan penyanyi itu terkenal Alif Satar menyambut kedatangan cahaya matanya matanya malam tadi. Isteri kepada pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu, Sha Dila telah selamat melahirkan bayi bertuah itu kira-kira jam 11.21 malam semalam.

Alif berkongsi beri gembira itu menerusi akaun Instagram rasmi miliknya. Lebih istimewa lagi apabila putera kesayangannya itu lahir pada tarikh yang sama dengannya.

“Alhamdulillah , Sha Dila melahirkan anak ketiga kami. Ia bayi lelaki yang sihat. Terima kasih juga semua atas ucapan hari jadi,”

Ramai selebriti terkenal juga tida putus-putus mendoakan  dan mengucapkan tahniah atas anugerah anak ketiganya itu.

Team Dhia pun nak mengucapkan tahniah kepada Alif sekeluarga. Yea!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my