Serious?!

Gempar! Bila jantan dah boleh bertelur!

Oleh  | 

GEMPAR seketika apabila angsa jantan bernama ‘Jeep’ tiba-tiba boleh mengeram dan bertelur sebanyak lapan biji!

Kejadian aneh yang berlaku di Jasin, Melaka itu disedari oleh pemilik angsa tersebut iaitu Sulaiman Abdul Rahman pada Isnin lalu seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.

Seminggu sebelum bertelur, Jeep dikatakan menunjukkan perubahan ketara apabila angsa itu tiba-tiba menjadi sangat manja dan hanya makan di atas telapak tangan tuannya.

Jeep kemudian dilihat berada dalam keadaan lemah dan tak bermaya di bawah pokok serai. Alangkah terkejutnya Sulaiman apabila menyedari angsa kesayangannya itu sedang bertelur.

Sulaiman masih tidak percaya dengan situasi yang dialami walaupun sudah setahun membela Jeep. Maka, dia sedang meminta pandangan rakan dan pengusaha angsa yang lebih berpengalaman.

Setakat ini, belum ada lagi yang pernah berdepan dengan kejadian angsa jantan bertelur.

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my