Serious?!

Gerhana matahari, Permaisuri Agong kongsi gambar sekitar kawasan Istana

Oleh  | 

SELEPAS 21 tahun berlalu, semalam Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan sebuah fenomena alam yang sangat jarang terjadi iaitu gerhana matahari atau Anulus.

Akibatnya, ramailah yang keluar ke jalanan untuk menyaksikan fenomena alam yang sangat indah ini. Ada juga yang sanggup panjat tinggat paling atas bangunan tempat kerja mereka supaya dapat tengok lebih jelas.

Bukan itu juga, masjid dan surau pun tidak terlepas untuk mengadakan solat sunat gerhana sempena peristiwa ini. Momen tersebut turut dikongsikan Permaisuri Agong Tuanku Azizah Mahmood Iskandar tentang keadaan di dalam istana menerusi akaun Twitter rasmi miliknya.

Bukan itu sahaja, baginda juga ada memuat naik beberapa keping gambar bagaimana keadaan gerhana matahari di sekitar Istana.

Begitulah antara peristiwa yang sempat dirakamkan di sekitar Istana. Terdahulu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga ada mengingatkan orang ramai bahawa kejadian gerhana matahari ini tidak ada kena mengena dengan kejadian malang atau celaka. Sebaliknya, ia adalah kejadian alam yang sudah berlaku sejak zaman Rasulullah lagi.

Sumber: Cheminahsayang

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my