Serious?!

Get ready, SneakerLah kembali lagi Oktober ini

Oleh  | 

KALAU korang memang penggila kasut snearker, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke event sneaker terbesar Oktober ini. Ini bukan pertama kali tau diorang adakan benda macam ni dan sambutannya memang mengujakan setiap tahun. Mana tidaknya inilah satu-satunya event yang boleh mengumpulkan kasut snearker merentas pelbagai jenama hanya untuk korang semua!

60 vendors akan berada di sana dengan menampilkankan pelbagai rekaan daripada jenama kegilaan anak muda seperti Vans, Converse, Puma, Timberland, Major Drop dan Stoned & Co.

Kalau tahun lalu, kita akan dimeriahhkan dengan persembahan seperti Aman RA dan Kayda. Tahun ini tak tahu siapa agaknya yang akan membuat persembahan. So exciting!

Ini adalah tempat terbaik untuk korang berjumpa orang baharu yang semestinya sama-sama memakai kasut snearker. Mungkin selama ini korang hanya pernah berkenalan di laman maya sahaja namun inilah kesempatan paling terbaik untuk bertemu mereka secara bersemuka. Ha, kalau ada kawan-kawan yang lama dah lama tak jumpa tu, bolehlah perlahan-lahan ajak mereka reunion dekat sini.

Tidak hanya itu, korang pun boleh melihat pelbagai persembahan dan juga cabutan bertuah. Mana tahu kalau rezeki korang tidaklah pulang dengan tangan kosong nanti. Kalau sebelum ini, para pemenang sneakerLah telah memenangi harga promosi ke Tokyo, Osaka dan Hokkaido.

Inilah masanya untuk korang tunjukkan koleksi sneaker yang korang peram selama ini untuk tampil bergaya semasa event itu nanti. Waktu inilah korang boleh update Instagram dengan muat turun OOTD bergaya korang tu.

Kalau ada sesiapa yang bercadang nak pergi, boleh get ready pada 5-6 Oktober ini di Mid Valley Exhibition Center bermula jam 10 pagi. Tiket dijual bemula RM20-RM70 untuk seorang. Tunggu apa lagi? Jom pergi! Nak tahu lebih lanjut, tekan sini tau.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my