Serious?!

Gigih bekerja walau hamil trimester ketiga,YB Yeo Bee Yin dipuji netizen!

Oleh  | 

KETIKA rakyat Malaysia sedang keliru dengan situasi politik apabila lima mensyuarat politik tergempar dilakukan serentak pada Ahad. Yeo Bee Yin  yang juga Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar  dan Perubahan Iklim menjadi tumpuan netizen apabila masih gigih bekerja walaupun sudah kandungannya memasuki trimester ketiga.

Bee Yin memperkenalkan sistem amaran yang dilengkapi alat penggera untuk mengesan sebarang bahan pencemar berbahaya di dalam udara yang menelan belanja sebanyak RM6.9 juta di Pasir Gudang semalam.

Secara tak langsung, Pasir Gudang adalah bandar industri pertama yang dilengkapi dengan sistem pemantauan kualiti udara. Lepas ini kalau berlaku lagi insiden pencemaran, kita dah boleh atasi dengan cepat. Bravo!

via GIPHY

Kalau korang nak tahu Bee Yin dijangka bakal menimang cahaya mata pada awal Mac ini. Beliau bakal menjadi menteri wanita pertama di Malaysia yang bakal melahirkan anak semasa masih memegang jawatan.

Kesungguhan menteri itu menjalankan tanggungjawab walaupun sedang hamil telah mendapat pujian netizen. Ramai yang memuji kegigihan menteri itu di laman Twitter.

Inilah contoh menteri wanita terbaik.Walaupun sarat mengandung namun amanah kepada negara dan rakyat tetap diteruskan. Semoga kandungan YB kita sihat-sihat belaka dan selamat melahirkan!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my