Serious?!

Gila lah! Lupakan Maya Karin sebab Malaysia dah buka sekolah untuk Puteri Duyung

Oleh  | 

CERITA-cerita tentang ikan duyung ini selalunya kita dengar di dalam cerita buku kanak-kanak.

Tapi di sebuah sekolah di Klang. Terdapat sebuah sekolah yang mengajar cara berenang ala-ala duyung.

Pada awalnya, mereka hanya mengajar teknik berenang biasa. Namun lama-kelamaan apabila terdapat permintaan, mereka pun membuka kelas dengan teknik berenang ala-ala duyung.

“Saya mengajar teknik berenang seperti ikan duyung atau ikan lumba-lumba. Mereka bukan hanya berenang, tapi mereka juga akan membina stamina. Mereka harus berenang di bawah air yang jarang digunakan manusia,” kata Lee Boon Leong yang merupakan tenaga pengajar di sekolah berkenaan.

Menariknya, kesemua pelajar mengenakan baju ala-ala puteri Duyung sepanjang kelas ini. Nampak macam betul-betul seperti Puteri Duyung!

Menurut Chan Yushi, ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk berenang menggunakan ekor. Tapi untuk mengekalkan keanggunan seperti ikan duyung, itu yang lebih sukar.

Ini kerana ikan duyung ialah makhluk yang cantik dan siapalah yang tidak mahu menjadi cantik, kan?

So, korang rasa macam mana? Onz ke tak onz jadi duyung? Jadi lepas ini, bukan Maya Karin je lah duyung Malaya. Semua orang pun boleh jadi.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my