Serious?!

Gilalah! Solo nyanyian Jennie Blackpink cecah 45 juta tontonan dalam masa tiga  hari!

Oleh  | 

AHLI kumpulan girlband Korea BLACKPINK, Jennie Kim baru-baru ini melancarkan single pertamanya bertajuk Solo. Sungguh mengejutkan apabila muzik video terbaharunya memperoleh 45  juta tontonan dan trending no 1 di Youtube walaupun baru 3 hari dimuat naik.

Lagu ciptaan Teddy dan 24 itu menceritakan tentang seorang perempuan yang tidak mahu lagi terperangkap di dalam perhubungan yang penuh kepura-puraan. Maka dia memilih untuk menjadi A shining solo seperti tajuk lagu terbaharu Jennie ini.

Video dan nyanyian Jennie turut mendapat perhatian media dan juga tidak ketinggalan pengguna laman sosial di seluruh dunia.

Pakaian yang dikenakan Jennie di dalam muzik video berkenaan menarik perhatian ramai serta trendy dan menyerlahkan Jennie walaupun di dalam mood berbeza.  Antara yang diperkatakan ialah baju bercorak bunga ketika beliau baring di atas rumput.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my