Serious?!

Giliran Siti ‘melahar’ bila netizen kritik busana konsert jadi ‘disaster’!

Oleh  | 

KALAU nak cerita tentang Konsert Dato Sri Siti On Tour di Jakarta minggu lalu, kehebatan vokal dan persembahan penyanyi nombor satu negara itu memang tidak boleh disangkal lagi.

Berbondong-bondong pujian diberikan kepada penyanyi itu dengan penataan lampu pentas, susunan muzik, dan aura nyanyian Tokti yang memang ‘onz’ dan bertaraf antarabangsa pada malam itu.

BACA: Magis Tokti buat Jakarta ‘goosebumps’!

Namun, lumrah hidup di dalam dunia seni, ada sahaja yang tak kena. Baru-baru ini viral kata-kata yang tak best di dengari mengenai busana yang dipakai oleh penyanyi itu di laman sosial.

Seorang pengguna laman sosial dengan nama akaun firdeeothman (namun telah dipadam)meluahkan rasa kesalnya dengan busana rekaan Rizman Ruzaini yang disarungkan di tubuh penyanyi kesayangan Malaysia itu.

“Maaf @rizmanruzaini, untuk konsert kali ini, why why why why why you buat Siti macam toh”

Firdee bagaimanapun telah memadam post tersebut. Beliau mengakhiri kapsyen terhadap kritikan busana Tokti itu dengan hashtag seperti #IamDesigner

“Thank you, next”

Kritikannya itu telah mengundang perhatian banyak pihak. Antara komen yang diterima ialah daripada Dato’ Sri Siti sendiri yang kedengaran agak tegas.

Siti meminta Firdee menunjukkan kepadanya contoh design busana yang boleh dibanggakan. Secara jujur, kami pun teruja juga untuk melihat apakah contoh rekaan Firdee ini untuk Dato’ Siti (kalau ada). Mana tahu boleh menyaingi rekaan designer terkenal Malaya iaitu Rizman Ruzaini kan? Ai maklumlah, kita memerlukan bakat terpendam dan kreativiti anak-anak muda.

Setiap rekaan, ada sebabnya

Di dalam satu temu bual Tokti dengan media tempatan, setiap pakaian yang disarung ke tubuhnya semasa konsert adalah mengambil kira beberapa perkara seperti lagu, muzik dan lokasi konsert diadakan. Bukan itu sahaja, bahkan warna setiap pakaian yang dikenakan Siti semasa konsert di Jakarta turut dipilih dengan berhati-hati untuk dipersembahkan di atas pentas.
Lokasi konsert jelajah Tokti yang seterusnya akan berlangsung di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac 2019 manakala di Malaysia pula akan berlangsung di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac ini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my