D-Life

Giliran warganet kongsi checklist majlis kahwin supaya tak kena kecam

Oleh  | 

MACAM mana tak cuak bila fikirkan majlis kahwin. Dengan tetamu lagi la, makanan, lepas tu baju pengantin lagi. Semuanya mestilah yang kelas dan kebabom. Yelah, kahwin kan cuma sekali. Mestilah nak buat yang paling kita puas hati.

Ada macam-macam peristiwa buruk yang di terjadi di tentang kenduri kahwin ni. Baju pengantin salah warna lah, katering tak cukup lah, pelamin nak roboh lah. Aish, minta simpang! Beruntung sebenarnya kita ada warganet yang selalu kongsikan benda-benda bermanfaat dekat media sosial. Antaranya datang daripada pengguna twitter @archare18.

Pemilik akaun ini telah berkongsi beberapa tip dan checklist untuk bakal pengantin dekat luar sana supaya majlis korang dilindungi dari cercaan sadis makcik bawang. Amboi!

1) Lokasi

via GIPHY

Ha, pastikan korang pilih lokasi yang bersesuain dan mudah orang ramai nak datang. Jangan rumit sangat sampai pusing-pusing 7 kali pun tak jumpa. Karang orang jemputan kita dah penat, diorang tak jadi nak datang ke majlis kita.

2) Dekorasi

via GIPHY

Satu lagi tips yang dikongsikan ialah serahkan kepercayaan korang dekat wedding planner korang untuk dekorasi. Sebabnya, wedding planner sukakan pengantin yang tenang dan tak menyusahkan mereka. Tapi janganlah lepas tangan sangat. Tak nak lah nanti pelamin kita ala-ala backdrop jamuan raya.

3) Makanan

via GIPHY

Ha, untuk makanan pula pilihlah laun-pauk yang biasa ada dekat kenduri kahwin. Janganlah aneh-aneh sangat sampai orang takut nak makan. Pilihlah daging lembu berbanding daging kambing. Bagi sayuran pula, pilihlah kentang dan tempe kering. Elakkan menambak lauk sesuka hati sehingga menyusahkan pihak katering.

4) Susun atur meja

via GIPHY

Berikan sedikit tugasan kepada adik-beradik atau sedara untuk jaga susun atur meja. Elakkan letak makcik bawang satu meja sebab diorang akan mengumpat tak habis-habis.

5) Hantaran

via GIPHY

Boleh juga kalau nak tunjuk barang hantaran korang. Biasanya jumlah yang ideal ialah 7 di balas 5. Elakkan beri hantaran yang pelik seperti jeruk, ubat kuat. Apa yang penting ialah kualiti dan bukannya kuantiti.

6) Persalinan raja sehari

via GIPHY

Korang kena teliti betul-betul baju yang bakal korang pakai. Jangan nanti warna baju korang nampak macam boria atau kain baju nikah korang tak selesa dipakai. Pilihlah rona yang lembut dan tenang dipandang seperti warna putih.

7) Door gift

via GIPHY

Berilah door gift ikut kemampuan dan bukannya ikut minat. Walaupun korang minat jering atau brokoli, jangan pula pergi bagi dekat tetamu sayuran macam tu. Bagilah barang ringkas macam popcorn atau old school sikit macam bunga telur.

Ha, ini adalah antara checklist yang korang boleh ikut. Sangat membantu kan? Semoga majlis korang akan menjadi seperti apa yang korang harapkan. Jangan lupa jemput!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my