Serious?!

“Gimik apa lagi ni?” Lepas kena peluk, Asad Motawh jatuh pentas pula

Oleh  | 

BELUM  reda lagi insiden dipeluk oleh seorang peminat wanita ketika beraksi di pentas sewaktu melakukan Percaya Tour, kini Asad Motawh jatuh pentas pula selepas ditarik oleh peminat-peminat wanita. Apa kes ni? Fanatik betul peminat-peminat Asad ni ye.

Penyanyi muda itu telah membuat persembahan sempena Percaya Tour yang berlangsung di Sabah baru-baru ini dan apa yang lebih mengejutkan, persembahan kali ini telah menimbulkan kontroversi apabila Asad telah jatuh ke bawah pentas selepas ditarik oleh peminat-peminat wanitanya.

I nearly died…. no need to worry, im totally fine! A few bruises wont kill me 😂 thank you SABAH! #percayatour ❤️

A post shared by AS’AD MOTAWH (@asad.motawh) on

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh Asad sendiri di laman Instagramnya, ternyata peminat-peminat wanita yang berada dihadapan pentas tidak dapat menahan keterujaan apabila penyanyi kesayangan datang mendekati mereka.

Lebih mengejutkan peminat-peminat Asad menarik kaki sehingga Asad tidak dapat mengimbangi badannya dan terjatuh ke bawah. Mujur ada bodyguard yang sempat menyelamatkan Asad. Menurut sumber portal tempatan, Asad telah mengalami kecederaan dan lebam di kaki dan tangannya.

Namun apa yang menjadi persoalan, ada sesetengah netizen yang menyelar tindakan penyanyi muda itu dan menuduh Asad sengaja menjatuhkan dirinya sendiri. Eh, boleh pula ye saja-saja nak jatuh?

Foto: Instagram Asad

Foto: Instagram Asad

Harapnya ini bukan sebuah gimik lah ye sebab sebelum ini belum pernah lagi artis lelaki dipeluk dan ditarik sebegitu oleh peminat-peminat fanatik mereka. Kira hebat lah Asad Motawh ni ye sampai dilayan sebegitu rupa dengan peminat-peminatnya.

Tapi kenapa Dhia nampak Asad macam happy je jatuh. Jatuh pun boleh senyum! Mungkin sebab jatuh atas peminat? Atau mungkin perasaan sis je kot. Entahlah…

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my