Dhia Glam

‘Girls’, jom ubah gaya rambut sempena musim luruh!

Oleh  | 

RAMBUT adalah mahkota bagi perempuan. Tak lengkap bergaya kalau solekan sudah menyerlah tapi rambut, kelaut. Nanti orang kata kamu macam tak ‘siap’ saja.

Berdandan dengan gaya rambut yang sama mungkin akan membiuatkan kamu nampak biasa. Jadi, apa kata kali ini kita intai-intai sikit dengan gaya rambut musim luruh yang sedang hangat sekarang.

FOTO: Redbook

Mengingat rambut ke atas memang terbaik bagi menyerlahkan wajah kamu. Di bahagian belakang pula, kamu tocangkan kemas dengan hiasan riben yang berkilauan. Sekali pandang, memang orang akan ingat kamu mengambil masa yang lama untuk bersiap padahal ia hanya memerlukan 10 minit untuk gaya rambut sebegini. Kalau Blake boleh menyerlah dengan gaya rambut seperti ini, kamu juga boleh!

    FOTO: Redbook

Apa lagi yang lebih seksi selain mempunyai gaya rambut seakan-akan ombak di pantai ini? Kamu hanya perlu semburkan spray rambut dan ramas rambut kamu. Selepas itu, tada! Kamu boleh berjalan dengan yakin  seperti Priyanka Chopra.

FOTO: Redbook

Kamu masih boleh memilih untuk mempunyai rambut lurus seperti ini. Lihatlah Kim yang tampak menawan tanpa perlu berusaha lebih untuk berdandan walaupun selepas bangun pagi. Rapatkan flat iron ke akar rambut untuk memastikan ia lurus dan menampakkan wajah kamu lebih kurus.

FOTO: Redbook

Kalau kamu dah rimas sangat uruskan rambut kamu yang selalu berterbangan hingga menutup mata kamu. Apa kata kamu cuba kenakan klip rambut untuk menambah seri kepada rambut kamu.  Ia juga akan membuatkan kamu kelihatan comel  dan ranggi. Tak payah  mahal-mahal, beli saja di kedai dua ringgit.

FOTO: Redbook

Siapa kata rambut pendek tak boleh bergaya?  Apa kata kamu buat potongan ala-ala Scarlett Johansson. Ia kelihatan minimal dengan diserikan dengan rambut yang disapu pomade. Cantik!

 

 

Sumber: Redbook

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my