Dhia Glam

Glam habis, Miss Universe Malaysia 2018 payung kostum kebangsaan!

Oleh  | 

JIKA tahun sebelum ini, Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James, tampil bergaya dengan kostum nasi lemak yang penuh kontroversi, penyandang tahun ini, Jane Teoh, bakal tampilkan kelainan!

Mempertaruhkan konsep bangau perahu dengan penampilan ala-ala adiwira Wonder Woman, kostum tersebut akan diperagakan Jane dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe 2018 nanti.

Busana tersebut akan dipakai dalam sesi kostum kebangsaan, sesi yang paling ditunggu-tunggu semua kerana peserta setiap negara akan menonjolkan busana yang avant garde, unik dan ikonik dengan budaya masing-masing.

Busana bangau perahu tersebut telah dipertontonkan kepada khalayak buat kali pertama dalam satu sesi bersama media, minggu lalu.

FOTO: Rojak Daily

Apa yang menarik, busana yang direka oleh Salleh Hamid tersebut mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan.

Tidak hanya menampilkan bangau (di bahu sebelah kanan), Salleh juga menampilkan bahagian perahu yang lain iaitu ‘okok’ di bahu sebelah kiri dan caping pada bahagian leher. Ketiga-tiga bahagian ini banyak ditemukan pada perahu-perahu tradisional terutama di sebelah Pantai Timur.

Bangau perahu ialah hiasan pada penjuru sesebuah perahu yang juga berfungsi sebagai pelindung semasa berlayar.

FOTO: The Miss Universe Malaysia Organization

Untuk gaun petang pula, Jane akan memperagakan busana daripada Amaze. Pertandingan Miss Universe akan berlangsung di Bangkok, Thailand  pada 17 Disember nanti.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my