Serious?!

‘Goal’ Mawar Rashid belajar baca Al-Quran sampai lancar, korang pula?

Oleh  | 

PELAKON cantik Mawar Rashid menggunakan cuti mengandung untuk menambah ilmu agama dan melancarkan bacaan Al-Quran.

Dia turut menyatakan bahawa mengaji dengan lancar adalah impian besarnya sampai bila-bila. Mawar memuat naik beberapa keping gambarnya berguru dengan seorang ustazah bernama Nadirah untuk merealisasikan hajatnya.

FOTO: Instagram Mawar Rashid

“ Mawar ambil kesempatan waktu mengandung ini untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni.

Insyaa’Allah akan terus mengaji dan menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila-bila.

Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ya, tapi tak beberapa lancar.

Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat yang Mawar baca. Insyaa’Allah”

FOTO: Instagram Mawar Rashid

Apa yang menarik, ustazah itu juga sedang mengandung dengan usia kandungan yang serupa. Setiap kali selesai kelas, mereka akan mengaji bersama-sama untuk kesejahteraan kandungan mereka.

Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah (berterusan) hingga ke akhir hayat,” kata Mawar.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my