Serious?!
Good news! Ini hak yang anak muda kena tahu selepas Belanjawan 2020
BILA Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuat naik video mukanya yang hampir penuh skrin telefon, semua dah tahu akan ada berita baik yang akan dikongsikan menteri itu kepada semua anak muda.
Syed Saddiq nampaknya benar apabila menyifatkan belanjawan kali ini sebagai ‘belajawan anak muda 2020’. Mana tidaknya selepas pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewagan Malaysia, Lim Guang Eng, banyak perkara melibatkan perkembangan anak muda telah dipandang serius.
ALHAMDULILLAH!
JOBSJOBSJOBSJOBSJOBSJOBSJOBSJOBS!
We did it!#BelanjawanAnakMuda2020 pic.twitter.com/YuXyOWkaD9
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 11, 2019
Kalau korang tak sabar nak tengok apakah berita baik itu, baca sampai habis tau.
Peluang pekerjaan untuk anak muda
6.5 bilion ringgit telah diperuntukan oleh kerajaan untuk mencipta 350,000 peluang pekerjaan yang bakal didominasi oleh golongan anak muda. Ha, lepas ni tak ada alasan malas cari kerja lagi tau!
Elaun anak-anak TVET naik!
Oleh sebab sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) semakin mendapat perhatian ramai. Mereka yang berada di institusi pendidikan TVET ini akan mula mendapat elaun RM100 setiap bulan. Wow!
Gaji minima RM1,200
Lepas ni majikan dah tak boleh nak bagi gaji RM800 ke RM500 ke sebab kerajaan akan mula menguatkuasakan gaji minima RM1,200. Ha, dengan gaji macam ini, seimbang la antara keperluan kita sebagai pekerja dan juga majikan. Tapi gaji minima ni valid hanya dekat wilayah dan bandar utama sahaja tau
Sukan esports
40 juta telah diperuntukan untuk memajukan esports dekat Malaysia. Boleh la kaki gamers beraksi di pentas dunia lepas ni, kan? Zaman sekarang ni ramai je peremuan dah mula menceburi sukan esports ni.
Cuti bersalin dipanjangkan
Lepas ni tak payah risau lagi kalau nak bersalin sebab mereka akan dapat cuti 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini. Boleh fokus jaga baby, kan? Nak lagi kalau itu anak pertama kita. Tapi kerajaan nak teliti balik supaya Akta Kerja 1955 masih relevan dengan pasaran semasa atau tak.
Program #[email protected]
Ni salah satu lagi benda yang kerajaan buat nak tingkatkan peluang pekerjaan. Inisiatif ini akan terbahagi kepada empat program di bawahnya iaitu [email protected], [email protected], [email protected] dan [email protected] Setiap daripada program ini akan menawarkan elaun kepada anak muda dan juga kebaikan lain seperti pengecualian cukai.
Program ini disasarkan akan dapat mengurangkan tenaga kerja asing dan lebih peluang kerja kepada anak muda tempatan. Yea!
Ha, best tak dengar bajet belanjawan kali ini? Ha kalau korang berminat nak baca kandungan Bajet 2020, boleh tekan sini!





Komen Terkini