Serious?!

Good news! Sephora Fahrenheit88 unik, ini antara benda yang tak ada dekat cawangan lain!

Oleh  | 

PEREMPUAN mana yang tak gembira bila masuk Sephora. Habis melilau mata cari barang make up paling terkini atau produk rawatan wajah agar selalu tampil lebih berseri. Tak hairanlah ramai yang secara tak sengaja habis beratus ringgit kadang ada yang sampai habis berpuluh ribu gara-gara shopping dekat sini.

Baru-baru ini Sephora Fahrenheit88 mengumumkan bakap tampil dengan reka bentuk kedai yang unik ala-ala “The largest beauty playground”, gitu! Selain daripada tema dan konsep yang yang unik, ada lagi benda istimewa yang hanya ada dekat Sephora Fahrenheit88 tapi tak ada dekat tempat lain.

Jenama hanya ada dekat sini

Menjanjikan kelainan, Sephora cawangan Fahrnheit88 ini ada jual produk yang tak ada dekat cawangan lain seperti Drunk Elephant, Tatcha, Bobbi Brown, La Mer, SK-II,Sulwhasoo, Aerin dan Maison Margiela.

Kiosk Interaksi

Diorang pun ada kiosk interaksi yang membolehkan korang menyemak promosi, tengok katalog Rewards Boutique, informasi kalau ada event dekat Sephora dan ada game juga!

Analisis kulit

Dekat sini juga korang boleh buat analisis kulit Perk Treatment by Hydrafacial & Perk Lips—suatu rawatan khusus yang menyegarkan untuk wajah dan bibir yangmenggabungkan teknik pembersihan, pengelupasan, dan hidrasi secara serentak. Ada juga kincredible, by Sephora—suatu khidmat analisis kulit yang menggunakanaplikasi untuk memeriksa kesihatan kulit. Perkhidmatan lima belas minit ini adalah percuma!

Gold member

Kalau siapa yang gold member, korang akan diberi layanan istimewa seperti khidmat ukiran  dan ada personal shopper!

The Studio

Mereka ada juga buat ruang acara untuk tujuan fotografi.

Amacam? Gempak gila kan Sephora dekat cawangan ini. Bolehlah rancang dengan kawan-kawan nak pergi sini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my