Dhia Glam

Goodbye skinny, sekarang seluar Cutbay pula yang jadi trend

Oleh  | 

GOOD NEWS girls! Sekarang ini kita dah ada trend baru dalam fesyen. Ucapkan selamaat tinggal kepada seluar skinny korang yang berlambak dalam almari sebab sekarang tengah  ‘in’ seluar gaya flare yang lebar dekat bawah.

Biasanya kalau sebut sahaja flare atau cutbray mesti korang teringat gaya John Travolta zaman 70 an dulu, kan?

Seluar macam ini memang pernah sangat popular zaman itu. Tapi lama-lama popularitinya makin menghilang sebab orang asyik pakai seluar skinny untuk menampakkan efek kaki yang lebih tinggi.

Setelah 15 tahun, nampaknya kita kembali kepada zaman seluar flare ini. Ramai juga pecinta fesyen sudah mula dilihat menyarungkan seluar ini antaranya nama seperti Lila Grace dan Putri Kate Miss. Victoria Beckham juga pakai seluar yang sama sewaktu London Fashion Week baru-baru ini.

Benda  yang korang perlu ingat setiap kali pakai seluar macma ini ialah bahagian bawah dia agak lebar dan ia seolah-olah menyapu lantai dan tanah. Maka, seluar korang akan kotor.

Kalau seluar skinny sesuai digayakan dengan sneakers atau heels. Maka flare sangat sesuai korang pakai dengan heels.

Satu lagi tips ialah, kalau korang nak pakai seluar ini, pastikan korang pilih potongan pinggang yang tinggi atau high waist. Ia akan buat korang nampak lebih tinggi. Jangan pakai low rise sebab korang akan nampak makin pendek.

Jadi, apa tunggu lagi. Boleh pi beli sekarang dan gayakan dengan cara paling kreatif!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my