D-Life

‘Google Translate’ muncul sebagai hero baru untuk pengembara!

Oleh  | 

Kalau dahulu sesiapa yang berhajat untuk mengembara ke negara asing pasti akan bergantung sepenuhnya kepada buku panduan atau travel guide.

Buku panduan yang lengkap dengan informasi seperti kedudukan peta, cadangan tempat penginapan, restoran pilihan sangat memudahkan urusan semua pengembara tanpa perlu pening-pening memikirkan kemanakah hala tuju mereka selepas ini.

Maka tidak hairanlah sekiranya ia dianggap sebagai nyawa bagi menyelamatkan anda daripada tersesat selain memudahkan urusan untuk berkomunikasi dengan masyarakat tempatan.

Namun, kemunculan internet dan pelbagai aplikasi mudah alih di seluruh dunia hari ini secara tidak langsung memudahkan traveller untuk mendapatkan maklumat  dan memuat naik buku panduan ini dengan hanya satu klik!

Hasil kajian yang dilakukan British Council mendedahkan Google Translate dinobatkan sebagai aplikasi pilihan pengembara bagi tujuan komunikasi  dengan masyarakat di negara asing.

Kajian yang sama juga menunjukkan pengembara akan cenderung untuk berganrung kepada masyarakat tempatan yang boleh berbahasa Inggeris.

 

Bukan itu sahaja, terdapat  pengembara yang akan mengelak dari pergi ke restoran yang tidak memaparkan pilihan menu dengan Bahasa Inggeris.

Walaupun begitu, rata-rata pengembara menyedari akan kepentingan untuk mempelajari sedikit bahasa masyarakat di negara  yang mereka lawati.

Laporan terbabit juga menunjukkan penggunaan Google Translate telah melonjak naik terutamanya sewaktu Piala Dunia baru-baru ini. Antara carian tertinggi yang dicatatkan ialah perkataan stadium dan beer.

Sumber:  Digit

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my