Serious?!

Guna air zam zam, skincare ini ‘claim’ boleh buat muka lebih glowing

Oleh  | 

ADA macam-macam usaha para waita  buat nak pastikan kulit wajah selalu nampak halus, muda, dan berseri sentiasa. Tak hairanlah kalau ada yang sampai berbelanja beribu ringgit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Tidak hanya pegguna, penggeluar produk kecantikan pun berlumba-lumba menampilkan formula dan produk masing-masing untuk memberikan kesan efektif kepada para wanita. Mungkin kita dah biasa dengar teknologi nano atau tumbuhan semulajadi. Tapi unik sikit produk ini sebab diorang gunakan air zam-zam. Ya korang tak salah baca!

Keluaran Indonesia, produk yang dipanggil Magise ini datang dengan serum dan essence mist yang katanya boleh bertindak sebagai anti penuaan. Dengan kandungan air zam-zam, produk ini dikatakan boleh buat muka lebih berseri.

“Memang ada perbahasan nak guna air zam-zam. Tapi saya rasa its okay sebab dipakai nak rawat tubuh,” kata Dr. Gaby Syerly, pemilik produk ini.

Selain air zam zam, produk ini pun ada bahan lain macam gluconolactone dan acid hyaluronic untuk tujuan melembabkan wajah.

Jadi, produk ini boleh dijadikan sebagai toner dan mist spray selepas make up.

“Lepas make up, boleh semburkan ke muka supaya make up lebih tahan lama dan boleh dijadikan toner selepas mencucui wajah,” katanya lagi.

Teringat pula sis dengan lagu yang Aizat nyanyi dia  kata  “Jika ku air wudhu mu,” tapi ini air zam zam. Lain pula kan. Jadi, sesiapa nak berminat  beli ke?

Sumber: Kompas

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my