Serious?!

Guna dadah jenis THC, Farid Kamil dihukum penjara 9 bulan

Oleh  | 

AKHIRNYA, kemelut yang berlaku pada Januari 2018 kepada pelakon dan juga pengarah, Farid Kamil menemui pengakhiran apabila dia dihukum penjara 9 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan mengambil dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) tahun lalu.

Menurut sumber portal tempatan, Majistret Nor Ariffin Hisham telah menjatuhkan hukuman kepada Farid selepas dia memilih untuk berdiam diri apabila diminta untuk membela dirinya.

Image result for farid kamil

Foto: The Star

Mahkamah juga memerintahkan hukuman yang diberikan kepada Farid tidak boleh ditangguhkan dan bapa kepada dua orang anak itu perlu menjalani hukuman bermula daripada tarikh sabitan iaitu semalam.

Terdahulu, Farid Kamil telah didenda RM 2000 oleh Majistret Petaling Jaya selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu di Balai Polis TTDI tahun lalu.

Tak dinafikan semua orang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Jadikan kesalahan yang kita lakukan sebagai pengajaran untuk kita teruskan hidup pada masa akan datang. Semoga Farid Kamil tabah mengharungi ujian pada bulan Ramadan ini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my