D-Life

Gunakan tips ni untuk baju korang nampak baru sentiasa baru!

Oleh  | 

BAB baju ni sah-sah lah perempuan yang paling kisah. Dalam almari tu kalau ikutkan belambak baju yang dah korang shopping tapi akhirnya korang tak tahu jugak nak pakai apa.

Perempuan dan dilemma berpisah tiada. Bila nak bersiap tu kadang-kadang, kalau ada kotor sikit je mesti merajuk tak nak pakai. Kalau dah ada sikit pun tak elok apakan lagi baju yang nampak lama ni?

Jangan risau, sis ada untuk tunjukkan dekat korang macam mana nak kekalkan baju-baju korang supaya nampak macam baru.

Fahami label pada baju

Cuba korang perhatikan, setiap pakaian yang korang beli tu mesti ada label baju. Dekat label tu mesti ada cara cucian tersendiri yang disarankan. Cuba korang ikut label cucian tersebut dan pastinya pakaian korang akan tetap nampak baru!

 

Terbalikkan baju sebelum campak dalam mesin basuh 

Sebelum korang campak baju tu kedalam mesin basuh, korang pastikan baju tu terbalik dulu. Dengan cara ni korang dapat kekalkan warna baju tersebut seperti baru!

via GIPHY

Asingkan warna baju

Sebelum cuci, korang kena la rajin sikit. Kalau boleh asingkan baju berwarna dengan pakaian yang berwarna putih. Dengan cara ni tak adalah nanti pakaian putih yang keluar daripada mesin basuh tu bertukar warna. Hati-hati!

via GIPHY

Jangan penuhkan mesin basuh

Bila korang nak mula mencuci baju, elakkan sumbat semuanya dalam mesin basuh. Kalau boleh jangan penuhkan sangat. Korang basuhlah ikut warna baju supaya tak adalah penuh sangat.

via GIPHY

Gunakan air sejuk untuk mencuci

Elakkan basuh baju korang dengan air panas yang boleh menyebabkan warna baju korang luntur. So, korang basuhlah baju-baju korang tu dengan air sejuk supaya warna-warna baju korang kekal lebih lama.

Jangan jemur lama-lama

Bila korang dah siap basuh dan mula jemur baju, pastikan korang jemur baju tidak terlalu lama dan elakkan daripada terdedah dibawah cahaya matahari yang panas terik tu. Lusuh baju tu nanti!

Sis harap tips ni dapat membantu korang mengekalkan baju korang tu nampak baru lebih lama. Tak perlu membazir sikit-sikit nak beli baju baru okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my