Kolaborasi

Gundala antithesis Joker, yang pernah terluka tak semestinya akan menyakiti

Oleh  | 
FILEM-filem dari tanah seberang selalunya mempersonakan. Kali ini muncul pula filem adiwira hasil karya pengarah terkenal negara itu, Joko Anwar. Filem arahan pengarah terkenal ini jarang mengecewakan. Mana tidaknya, tengok sahajalah filem arahannya sebelum ini seperti Pengabdi Setan, Kala dan Pintu.
Bila dapat tahu yang Gundala ini sebenarnya adalah watak dari sebuah komik. Sis terus kagum melihat bagaimana Indonesia dan warganya saling menyokong dan mengangkat industri perfileman dan penerbitan.  Sama-sama naik! bak kata orang.

FOTO: The Verge

Filem adiwira Indonesia yang ditayangkan di Midnite Madness, Toronto ini menceritakan tentang watak bernama Sancaka yang dibesarkan dalam sebuah keadaan yang penuh penindasan dan kekejaman. Awal-awal cerita sudah ada babak yang menggugah perasaan dan meruntun emosi. Sancaka kemudian hidup terbuang di jalanan dan memaksanya untuk hidup dengan apa yang ada.
Mari kita lihat sikit filem Joker yang pernah meledak. Kedua-dua watak utama dalam filem ini mempunyai zaman yang mendukacitakan. Tapi dalam filem Gundala, kekejaman dan penindasan telah melahirkan seorang hero yang sebelum ini tidak pernah pun terfikir yang dia akan diangkat oleh masyarakat.

FOTO: Bookmyshow

Salah satu elemen yang sis tabik dalam filem ini dan sis rasa korang pun kena bagi perhatian ialah bagaimana pengarah filem ini secara keseluruhan mengupas isu kemanusiaan dan perjuangan kebobrokan sistem politik dan kapitalisme. Bukan itu sahaja, muzik dalam filem ini pun ‘Indonesia’ sekali!
Gundala mengupas isu etika yang mungkin berbeza dalam fahaman sesetengah orang. Begitu juga harapan. Kalau sebelum ini Red pernah berkata sesebuah  harapan itu bahaya dalam filem The Shawshank Redemption. Bront Palarae menerusi Pangkor mengatakan perkara yang sama dalam dialog yang cukup terkesan dan dalam berbunyi, harapan itu candu.

FOTO: Media Informasi

Dibesarkan dalam kesedihan dan kekecewaan, Gundala memilih jalan lain daripada Joker.  Nak tahu macam mana yang lain. Korang kena tengok sendiri. Dia pun melawan juga, tapi dalam cara yang keras, menggugah tapi beremosi.
Gundala secara keseluruhannya seakan-akan antithesis Joker mengatakan orang jahat ialah orang baik yang tersakiti. Kadangkala kesakitan telah melahirkan seorang hero yang selama ini bersembunyi. Nah, sis belanja sikit trailer Gundala.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my