Serious?!

Gurauan melampau sehingga membahayakan nyawa! #skullbreakerchallenge

Oleh  | 

TIKTOK merupakan satu tempat yang menjadi pilihan ramai untuk manusia berhibur. Tanpa mengira umur, ada sahaja golongan tua dan juga muda menyertai Tik Tok dan mencuba pelbagai perkara baru.

Seperti yang kita boleh lihat, terdapat banyak perkara yang boleh kita lihat dalam aplikasi TikTok. Ramai yang menari, ramai yang berkongsikan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan ramai juga yang mencuba untuk melakukan cabaran baru atau challenge.

Baru-baru ini wujud satu cabaran baru yang dicipta oleh individu yang tidak menggunakan otak, dinamakan Skull Breaker Challenge. Challenge ini pula menjadi ikutan oleh mereka yang tidak mengerti apa itu erti logik akal.

Niat gurauan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mangsa yang menjadi bahan gurauan challenge itu cedera sehingga tidak menyedarkan diri seperti di dalam gambar ini.

Seorang pelajar lelaki juga turut cedera sehingga dikejarkan ke ICU akibat terpedaya dengan dua orang rakannya yang melakukan challenge ini.

Ini bukanlah merupakan cabaran yang pertama kali dimana wujudnya cabaran atau challenge yang merbahaya dan menjadi trending di TikTok. Selain dari itu, ada juga cabaran dimana meninggalkan kesan seperti manusia menjadi buta setelah mengikut challenge yang melibatkan lampu flash daripada telefon bimbit dan mata manusia.

Mengikut sumber, seorang wakil  daripada TikTok menyatakan keselamatan pengguna merupakan keutaaman mereka. Tambahan lagi, sebarang bahan yang melibatkan atau menyokong aktiviti yang merbahayakan yang berpotensi untuk melibatkan kecederaan dan melanggar peraturan dan panduan akan dibuang serta merta.

Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pengguna supaya pengaruh sebegini tidak lagi meluas. Untuk memastikan keselamatan ini, Tiktok memperkenalkan ciri keselamatan yang digunakan termasuk melaporkan kandungan yang tidak bersesuaian.

Sumber:Latestly

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my