Serious?!

Gurauan menakutkan Datuk Alha Alfa, Berpisah secara damai

Oleh  | 

“Tidak mengapalah isteriku, semoga berjumpa dengan pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya.”

USAHAWAN kosmetik akhirnya bercerai selepas enam bulan hidup bersama isterinya. Datuk Alha Alfa telah mengesahkan bahawa beliau sudah menceraikan isterinya, Datin Noor Azlin Ismail.

Pengakuan tersebut telah dibuat melalui akaun Facebook dan juga Instagram beliau dengan menyatakan ia merupakan jalan dan keputusan yang terbaik untuk menangani kemelut rumahtangga mereka.

Sumber: Beautifulnara

Pasangan ini juga turut bersetuju untuk menjaga aib masing-masing dan menganggap ini merupakan satu ujian yang berat dalam hidup.

Disamping itu, mereka tidak menyatakan tarikh penceraian tersebut dan bersepakat untuk berpisah secara damai dengan berharap agar tiada pihak yang mengeruhkan keadaan dengan mengadakan cerita yang bukan-bukan.

Kata Alha, mungkin bekas isteri boleh menerima pekerjaan beliau sebelum berkahwin. Apabila telah mendirikan rumahtangga, bekas isteri akan sentiasa rasa cemburu dan tidak puas hati. Perselisihan faham berlaku apabila Alha hendak ke tempat pekerjaan dan menyebabkan Alha risau nak keluar rumah untuk bekerja.

Alha juga menegaskan beliau cuba untuk memahami diri bekas isterinya dan menceritakan juga bahawa Azlin pernah keguguran dan ia menyebakan tekanan, kemurungan dan stress yang berpanjangan.

Kesan calar pada dada Alha yang dikongsikan dalam bentuk gambar mendakwa dia bergelut dengan bekas isteri bagi menghalang bekas isteri mencederakan dirinya.

Akhir sekali, beliau menyatakan maaf kerana gagal membina bahtera dan berharap semoga bekas isteri akan menemui pasangan yang lebih memahaminya.

Terbaru, beliau telah memadam entrinya di Instagram bertujuan untuk tidak memberikan tekanan pada bekas isterinya.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my