D-Life

#GVF19 : Jenis-jenis orang yang korang boleh jumpa di Festival Muzik

Oleh  | 

FESTIVAL muzik datang lagi memeriahkan hidup korang. Mulalah tak tentu hala memikirkan baju nak apa nak pakai. Nak ajak siapa lepas tu plan bangun pukul berapa. Risau pula bangun tidur je dah maghrib. Apo!

Kepada yang dah biasa pergi, mesti setiap tahun korang akan pastikan kehadiran korang bermakna. Kenalah nampak on point dekat media sosial. Barulah crush bergetar tulang rusuk tengok gambar-gambar korang. Gitu.

Ha, mana yang first time nak pergi festival macam ini. Berikut adalah beberapa jenis orang yang korang boleh jumpa kalau korang rajin tengok sekeliling korang. Tengok jangan tak tengok, mesti jumpa jenis-jenis yang macam ni.

Sejenis solo yolo!

Siapa kata tak ada kawan tak fun? Ni ha, korang mesti akan jumpa orang yang suka enjoy secara solo tanpa bawa kawan-kawan. Katanya nak bergerak dan nak tentukan persembahan mana dia nak tengok. Tak payah tunggu orang.

FOTO: Instagram Coachella

Berkepit dengan kekasih sajoh!

Kepada mereka yang single mesti berapi tengok pasangan kekasih yang over sangat dekat tempat awam. Dekat situlah nak bermadu kasih, nak berkasih sayang, nak bercinta, nak berbaby sayang. Ada juga yang tak boleh berpisah sampai sanggup tunggu depan toilet. 

FOTO: Coachella

Sejenis mencapap

Ini pun ada juga. Diorang tak kisah pun artis siapa yang akan nyanyi waktu konsert. Apa yang penting bagi mereka ialah bawa satu geng dan pakai outfit yang on point. Dari atas sampai bawah memang tip top. Diorang ni lah jenis yang akan upload 3 gambar sehari dekat Instagram. Korang tunggu je lah nanti. Nak-nak lagi dekat good vibes nanti banyak port-port menarik untuk korang ootd.

FOTO: Coachella

Sejenis fanatik

Ini memang biasa bila tang artis kesukaan diorang muncul. Dioranglah yang akan berada dekat depan pentas menjerit-jerit. Orang macam ni penting juga nak bagi suasana fun. Tapi yang buat kita tak selesa bila yang fanatik sangat menangis tak berhenti tengok artis keluar pentas. Kita pun tak tahu nak react macam mana. Ada juga yang tunggu tepi stage semata-mata nak tengok batang hidung artis.

FOTO: Coachella

Kena paksa

Yang ini pun wujud. Bila kawan-kawan satu geng pergi. Diorang akan heret semua sekali. Termasuklah korang yang sejenis tak minat sangat dengar muzik. Terpaksalah pergi semata-mata nak jaga hati member. Korang pernah kena tak? Diorang ni lah yang selalu duduk malas sambil pegang phone.

Ok lah, itu serba sedikit yang sis boleh share. Korang pun mesti ada pengalaman yang sama kan? Apapun sis nak ingatkan girls dekat luar sana jaga diri. Minum air banyak-banyak agar kekal segar dan enjoy!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my