Kolaborasi

Ha, Ini 5 benda yang orang Malaysia selalu kaitkan bila dengar perkataan ‘kaw kaw’

Oleh  | 

Barulah kaw!

Ha, kat mana-mana pun confirm korang pernah dengar orang cakap macam ni, kan? Sekurang-kurangnya korang akan dengar perkataan ni bila tengah lepak dengan kawan-kawan. Kaw Kaw adalah kata lain untuk menyatakan sesuatu yang ‘betul-betul padu’.

Ha, meh kita senaraikan sikit apa benda yang korang selalu kaitkan dengan kaw kaw ni!

Milo ais Kaw!

Ha, ini memang orang selalu pakai. Terutama dekat kedai mamak mesti ada je orang yang jerit,

“Ane, milo ais kaw kaw satu!”

Apa beza milo kaw kaw dengan biasa? Kaw kaw ni macam lebih padu yang meminta mamak tersebut bancuh dengan sukatan susu pekat yang teliti namun awas, jangan sampai menghilangan rasa coklat. Ada juga nak extra kaw kaw jadi diorang pesan milo tabur. Benda ni memerlukan keikhlasan dan kesabaran mamak dekat luar sana.

FOTO: freemalaysiatoday

Kopi Kaw Kaw

Ha ini pun sama juga, biasanya orang akan pesan waktu pagi sambil makan dengan roti canai atau nasi lemak. Biasanya nak mulakan hari kenalah minum kopi sikit. Kopi yang padu ni dia memang seimbang antara manis dan pahit kopi. Bila pekena kopi kaw kaw waktu pagi, memang boleh buat kita terangkat dan bertenaga nak mulakan kerja. Kalau tak sempat nak minum, habislah seharian akan layu malas nak buat kerja. Siapa lagi kat sini geng kopi kaw kaw waktu pagi?

FOTO: punnymemories

Lembu Cow Cow

Kaw, kaw bersamaan cow cow, get it? get it? Lawak, kan?

(Baik korang gelak, kalau tak punggung korang bisul)

via GIPHY

Ditipu kaw-kaw

Ha ini pun ada juga berlaku ya tuan dan puan sekalian. Ditipu kaw kaw ini tak seronok langsung dan mengundang marah. Biasanya yang buat macam ni bekas kekasih kita la. Sebab tu nama dia ex boyfriend! Konon terlalu sibuk dengan kerja la sampai tak sempat nak balas mesej. Eh, rupanya tengah sibuk main kayu tiga di belakang kita. Lepas dah kantoi sibuklah nak minta maaf lepas tu cakap,

“Maaf awak. Tapi awak kena faham. Saya diuji oleh perempuan,”

Hey! dia ingat kita dungu agaknya senang nak ditipu. Diuji konon, pui!

Kaw Kaw Day

Ha! Inilah yang paling padu sekali. Event Kaw Kaw Day yang bertempat di MyTown, Cheras pada 12 Oktober ni bukan biasa-biasa tau, sebab ramai selebriti dan penyampai radio Hot FM dan Kool Fm pun turun sekali tau. Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Boleh lepak sampai lebam.

Ha, untuk gadis-gadis macam kita bolehlah cuci mata dan shopping dekat bazaar yang ada dekat situ. Dari barang perhiasan diri, baju, tudung, aksesori semuanya lengkap

Bukan itu sahaja, kalau korang tak reti masak. Korang chill je sebab mereka siapada demo masakkan yang semestinya mudah dan sesuailah untuk kita yang selalu sibuk.

Pendek kata banyak sungguh aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang hari tersebut.

Okeylah, sis pun nak pergi cari baju apa yang sesuai nak OOTD dekat Kaw aw Day nanti, Jumpa di sana!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my