Serious?!

‘Habib tak taja perkahwinan saya’ – Elfira Loy

Oleh  | 

KEMERIAHAN perkahwinan pelakon dan usahawan terkenal Elfira Loy masih lagi menjadi tumpuan dan cakap-cakap netizen di media sosial.

Setelah selamat disatukan dengan pilihan hatinya Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu berkonsepkan dalam taman, merpati dua sejoli itu menerima ucapan yang tidak putus-putus daripada sahabat dan peminat.

Tular di laman sosial apabila sebuah syarikat barang kemas Habib Jewels memuat naik gambar Elfira dan bekas tunangnya Sufian Suhaimi berserta ucapan tahniah di laman Facebook milik mereka.

Gambar tersebut telah menerima kecaman dan kritikan hebat netizen

BACA: Siapa sangka! angan-angan Faris nikahi Elfira 5 tahun dulu jadi nyata

Habib mohon maaf

Mengakui kesalahan yang dilakukan dan hentaman yang diterima. Pihak Habib Jewels menerusi laman sosial miliknya tampil membuat pemohonan maaf atas kesilapan memuat naik gambar berkenaan.

Pihak Habib turut mendoakan kesejahteraan rumahtangga Elfira dan pasangannya.

Menyesali tindakan yang dilakukan pekerjanya, syarikat barang kemas itu juga telah memadamkan posting berkenaan Elfira yang pernah dimuat naik sebelum ini.

 

Nafi tajaan

Berikutan posting Habib itu, ramai yang mula membuat spekulasi bahawa Elfira telah menerima tajaan daripada syarikat barang kemas terkenal itu.

Namun, baru-baru ini Elfira tampil bersuara menafikan menerima apa-apa tajaan daripada Habib Jewels. Kenyataan itu dikongsikan Elfira menerusi laman Instastory beliau.

 

Elfira dan Faris telah melangsungkan majlis resepsi pertama di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada Sabtu lalu dengan mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my