Inspirasi Dhia

Hai ‘workaholic’! Ini petanda badan kamu perlukan ‘me-time’

Oleh  | 

MENJADI perempuan bekerjaya pada hari ini memang menjadikan kamu sibuk. Tambahan pula pasangan kamu bukan jenis memahami dan kamu selalu bergaduh. Bebanan tugas kamu juga semakin berat

Keadaan seperti ini selalu membuat kamu serabut. Inilah masa yang tepat untuk kamu menculik diri kamu untuk lari daripada ini semua. Ini sangat penting untuk kamu mengumpul kembali kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang.

Jika kamu mengalami beberapa perkara seperti di bawah, ini petkamu tubuh kamu memerlukan rehat.

 

Resah jika telefon bimbit berdering

Telefon bimbit dianggap perkara penting bagi setiap orang saat bekerja. Ini kerana ia boleh berfungsi sebagai penggera, nota catatan dan penggera. Jika kamu berasa resah setiap kali telefon kamu berdering itu bermakna kamu mempunyai banyak keperluan dan membuatkan kamu tidak mempunyai waktu untuk diri sendiri

 

Selalu berasa penat

Tubuh kamu turut memberi petkamu yang kamu sedang berada dalam tekanan. Jika kamu merasakan tubuh kamu terlalu letih walaupun kamu sudah mempunyai tidur yang cukup. Itu tkamunya kamu perlu berehat dan hilangkan diri kamu daripada keserabutan

 

Semua yang berada di sekeliling kamu terasa mengganggu

Kamu tiba-tiba merasakan orang ramai yang berada di sekitar kamu mengganggu padahal mereka tidak bermaksud begitu. Kamu berpendapat mereka seperti membenci kamu atau kamu tiba-tiba berasa cepat sentap. Apabila berada dalam situasi tertekanan, kamu memang akan cepat berasa sensitif. Maka, kamu sangatlah memerlukan ‘me time’

 

Makan berlebihan

Tiba-tiba kamu menyedari selera makan kamu berubah serta merta. Ini kerana, apabila kamu tertekan, tubuh kamu akan melakukan p0erkara yang membuat kamu selesa seperti makan. Maka tidak hairanlah jika kamu bertambah selera makan berbanding biasa.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my