Serious?!

Hampir bunuh diri akibat terlalu tertekan, Aliff Syukri minta ampun pada ibu

Oleh  | 

SELEPAS dinasihatkan oleh ibunya secara terbuka di Instagram, Dato Aliff Syukri tampil meminta ampun dan meluahkan perasaanya kepada ibunya sendiri.

Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu dikatakan sedih dan tertekan setelah menerima teguran ibunya,Rozita Ibrahim akan tindakannya yang sering mencetus kontroversi.

Tambahan pula, penyanyi tersebut merasakan tiada yang berada disisinya ketika menjalani dugaan hidup dan menyifatkan minggu lalu adalah yang paling sedih dalam hidup.

Akibat daripada itu, Aliff Syukri pula hampir memikir untuk membunuh diri akibat terlalu tertekan dengan apa yang telah berlaku.

BACA Menangis air mata darah pula, ini luahan Bunda Rozita

Bukan soal emak sahaja, perkara lain yang terjadi juga turut membuatkan dirinya hampir melakukan perkara yang diluar jangkaan.

Walaubagaimanapun, beliau sudah pun meminta maaf kepada ibunya dengan berjumpa dan menceritakan hal yang sebenar.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Bobo Di Mana itu juga tahu akan kesalahannya dan menghormati teguran dan nasihat yang diberikan daripada ibunya secara terbuka itu.

 

View this post on Instagram

 

. . Saya ingin bahagia. Kenapa benda yang kita mahukan di dalam dunia ini, tidak semua benda kita akan dapat. Sedangkan kita sudah buat yang terbaik dan yang paling penting adalah hati dan kekuatan… ketika kita dalam kesusahan, orang yang paling kini tiada… Cuba korang bayangkan jika di tempat saya, serba serbi tidak kena dan orang sentiasa mencari salah. Ya ALLAH Ya Tuhanku, ENGKAU berikanlah ku petunjuk, ENGKAU berikanlah ku ketenangan. Lagu ini adalah kisah hati saya dan jiwa saya. ALLAH kuatkanlah hambaMu ini yang sedang dalam kesakitan…….. . . . lagu ini telah sy posting … di youtube tv terlajak laris .. jgn lupa dengar kemerduan suara kebanggaan dunia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Selain dari itu, Dato Aliff Syukri juga mahu mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh ibunya serta tidak mahu menjadi seorang anak yang derhaka akan ibu sendiri.

Alif berkata, mungkin berlaku salah faham, tetapi dia tidak menyalahkan ibunya. Sis harap selepas ini Dato Aliff Syukri baik-baik sahaja

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my