D-Life

Hanya anak dara sejati saja yang tak lupa nak bersihkan 4 spot ini dekat rumah!

Oleh  | 

SEBAGAI anak dara sejati atau perempuan Melayu terkahir, kerja mengemas ini memang dah ada dekat hujung jari kita. Biasanya waktu hujung minggu kita akan bangun bagi dan bersihkan rumah kita agar terhindar daripada debu.

Debu yang masuk ke dalam rumah akan beterbangan ke setiap sudut rumah. Seba itulah kita kena teliti kalau nak bersihkan rumah supaya debu ini tak berkumpul dalam rumah kita sehingga menganggu sistem pernafasan. Lagipun, siapa yang sanggup nak tinggal dalam rumah yang banyak debu, kan?

Ini adalah bahagian rumah yang korang mungkin akan terlepas pandang setiap kali korang bersihkan rumah. Jom tengok!

via GIPHY

Bawah sofa

Ini adalah bahagian rumah yang biasanya orang akan terlepas pandang untuk bersihkan. Ini kerana orang akan menganggap bahagian itu sudah bersih kerana jarang dilihat oleh banyak orang. Tapi, kalau korang tak bersihkan, kawasan itu akan menjadi sarang debu. Sekali pandang mungkin macam bersih, tapi kalau korang dah sapu, ha! kantoilah segala debu yang ada dekat kawasan itu.

via GIPHY

Atas almari

Korang mungkin tak berapa nak ambil tahu sangat kawasan ini sebab korang tak sampai nak bersihkan. Tambahan pula, mata korang pun tak nampak apa yang ada dekat atas almari itu. Jadi sesekali itu rajinkanlah diri bersihkan kawasan tersebut.

via GIPHY

Bawah katil

Ini juga adalah kawasan yang kita semua malas nak tunduk dan bersihkan. Lepas ini, alang-alang kita dah kemas tempat tidur. Apa kata rajinkan diri juga nak mop dan sapu bawah katil kita tu.

via GIPHY

Langsir

Jangan tak tahu ya sebenarnya debu juga boleh melekat dekat langsir bilik korang. Jadi setiap pagi apa kata korang kibas-kibas sikit supaya debu itu jatuh. Selang beberapa minggu pula sila cabut dan basuh langsir bilik korang tau.

via GIPHY

Jadi demikianlah antara beberapa bahagian sudut rumah yang selama ini jadi tempat tersembunyi debu halus. Jangan lupa bersihkan tempat yang sis nyatakan tadi tau. Dah boleh mula bersihkan pada weekend ini tau. Barulah anak dara sejati membasmi debu dan kotoran!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my