D-Life

Hanya dua benda penting ini untuk tambah pesona diri

Oleh  | 

BILA dah awal  tahun ini, mulalah sibuk nak jumpa kawan-kawan dan bincang azam tahun baru nak buat apa.

Itu belum lagi sibuk nak sambut parti hari lahir kawan-kawan atau kenduri jiran-jiran. Mesti asyik terfikir apa agaknya gaya make up paling ‘onzz’ tahun 2019 ini.

Meh sini Dhia nak kongsi tip agar kekal persona bila jumpa kawan-kawan. Manalah tahu terserempak pula dengan bekas kekasih yang tengah dating dengan makwe baru dia. Eh?

Ada dua benda penting yang korang kena pegang untuk pastikan korang kekal ‘zasss’! Iaitu flawless dan glowy.

Elemen pertama adalah penjagaan kulit muka. Penting untuk korang bersihkan muka sebelum tidur dan juga sebelum pakai makeup.

via GIPHY

Elemen seterusnya, pastikan alat solek korang sesuai dengan keadaan kulit muka  sebelum membeli alat solek. Ini kerana kulit muka berminyak atau kering sangat mempengaruhi hasil solekkan kamu.

Kalau korang ada kulit yang kering, gunalah produk atau rawatan wajah yang dapat memberikan kelembapan pada kulit.  Contohnya pakai mask muka atau krim pelembap sebelum makeup.

Ha! Nak makeup pun perlukan tema mengikut kesesuaian lokasi. Kalau korang nak lepak indoor, boleh la pilih ciri solekan yang lebih bold.

via GIPHY

Kalau acara luar, korang boleh pilih solekkan yang lebih natural. Tambah sikit pemerah pipi untuk nampak lebih menyerlah.

Apapun yang penting, korang kena selalu yakin dan ramah bila berjumpa orang lain. Itu pun dua kunci utama  yang akan menambah pesona korang.

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my