DhiaLova

Hanya gadis yang bercinta dengan ‘short guy’ je boleh ‘relate’!

Oleh  | 

KALAU tanya mana-mana perempuan, mostly akan mengimpikan seorang lelaki kacak yang tinggi lampai ala-ala Keanu Reeves. Bolehlah korang berlindung di belakang dia dan berjalan sambil memeluk lengannya. Awww!

Tapi ada juga jenis yang tak kisah paras rupa mahupun fizikal. Tinggi ke rendah bukan ukuran asalkan dia baik orangnya. Walaupun ada mata-mata yang memandang sinis dekat korang tapi siapa kisah kan? Asalkan korang bahagia dengan dia. Ramai je short guy ni kacak dan not bad macam Daniel Radcliffe.

via GIPHY

Tapi kalau dah bercinta dengan kelompok lelaki ini, mesti ada benda yang hanya korang je boleh faham. Macam benda-benda ini :

No need high heels

via GIPHY

Kalau dah namanya bercinta dengan short guy, kasut tinggi korang tu mesti akan selalu tersergam indah dalam almari. Sesekali je korang pakai. Mesti masa-masa dan pakaian OOTD korang akan banyak dilengkapi dengan kasut flats, sandals atau sneakers. Tapi cantik apa sneakers! Nak jalan pun selesa dan tak sakit okey.

Boyfriend ke adik

via GIPHY

Okey ini memang tak ada insuran. Kalau ketinggian korang ketara sangat perbezannya. Mungkin ada juga yang pernah tersilap ingatkan korang adik-beradik. Choi! Tapi abaikan saja dan jangan malu untuk katakan pada dunia si dia adalah boyfriend korang. Tak ada faedahnya korang nak rasa down sebab pertanyaan yang macam ini.

Pinjam baju

via GIPHY

Memandangkan baju untuk saiz baju lelaki akan lebih besar. Korang berpeluang untuk pinjam baju dia dan gayakan dalam pakaian harian korang. Boyfriend shirt? Jacket denim? Sweatshirt? Name it girls. Semua boleh pakai. Kalau boyfriend korang tinggi macam galah mesti korang tak dapat nak pakai baju dia sebab terlalu besar untuk korang. So, tak best.

Ha, amacam? Boleh relate tak? Sebenarnya, tak ada mana-mana pun yang boleh menjamin ketinggian lelaki akan memberi kebahagiaan dalam rumahtangga. Ia akan berbalik kembali kepada hati dan budi seseorang itu. Bak kata orang, budi yang baik akan selalu dikenang dan disayang. Kalau badan macam model tapi perangai suka curang buat apa disimpan. Gitu!

Sumber: Cosmopolitan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my