Serious?!

Hanya makan coklat untuk alas perut, pengamal media ‘happy’ Agong belanja KFC!

Oleh  | 

KETIKA berlakunya kemelut politik seperti ini, antara yang sentiasa komited untuk menyampaikan perkembangan terkini tentunya para pengamal media. Mereka sedia menunggu di depan kediaman menteri, pejabat parti, depan Istana Negara dan mana-mana tempat untuk mendapatkan berita.

Kadangkala mereka menunggu sehingga berjam-jam dan tidak menjamah makanan hanya untuk memastikan tidak ada berita yang terlepas.

Seorang pengguna Twitter Zaim Zamani memuat naik keadaan di sekitar Istana Negara. Para pengamal media dilihat sudah bersedia di perkarangan pintu masuk istana  seawal 7 pagi lagi untuk perkembangan terkini.

Bukan itu sahaja, wartawan itu juga hanya menjamah coklat sebagai hidangan alas perut sewaktu jam makan tengahari.

Rata-rata sudah mengetahui Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memang menggemari hidangan ayam KFC. Pernah viral dahulu apabila baginda beratur di restoran makanan segera itu untuk menjamah KFC selepas solat jumaat. Hari ini, ketika para pengamal media kelaparan, Tuanku berkenan untuk membelikan mereka KFC.


Video tersebut kemudian dikongsikan hingga 8 ribu pengguna Twitter setakat artikel ini ditulis. Ramai yang memuji sikap prihatin Tuanku terhadap keadaan pengamal media yang menjalankan tugas.

Team Dhia ingin mengucapkan  selamat bertugas kepada para pengamal media. Usaha mereka sangat dihargai untuk menyampaikan berita terkini kepada kita seluruh rakyat Malaysia. Syabas!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my