Serious?!

“Hanya segelintir sahaja berbakat, selebihnya cuma pasu bunga”- Erma Fatima

Oleh  | 

BARU-BARU ini pelakon dan pengarah tersohor Erma Fatima mendedahkan tentang senario industri lakonan kita yang sememangnya ketandusan pelakon-pelakon baharu yang berbakat. Walaupun pada hari ini industri lakonan dibanjiri oleh pelakon-pelakon baharu, namun tidak semua mempunyai kualiti yang baik untuk menjadi seorang pelakon yang berbakat.

Tambah Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 51, hanya 10 peratus sahaja pelakon baru yang benar-benar berbakat dan berkredibiliti dalam bidang lakonan. Selebihnya disifatkan oleh Erma hanyalah sekadar  pasu bunga sahaja.

FOTO: Instagram Erma Fatima

Menurut sumber portal tempatan, Erma meyatakan bahawa pelakon yang memasuki industri lakonan perlu mengasah bakat mereka, bukan hanya memasuki industri ini sebagai lalang yang akan mati dengan sendirinya tanpa perlu dibunuh.

“Dalam industri pun ada ‘pasu bunga’ yang hanya sekadar jadi hiasan skrin televisyen dan kadang-kadang ‘menyemak’ serta merosakkan industri dengan gosip,” ujarnya yang dipetik daripada Harian Metro.

Erma Fatima yang ditemui di Sri Pentas Bandar Utama baru-baru ini sempena Bengkel Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2019) meluahkan pandangannya mengenai pelapis-pelapis pelakon yang menghadiri ujibakat DFKL 2019 tidak mencapai standard yang dikehendaki. Namun dia berharap agar peserta-peserta bengkel DFKL ini mampu digilap sehingga menjadi seorang pelakon yang berilmu dan berjaya.

Bengkel yang dianjurkan selama 3 hari bermula 21 hingga 23 Mac itu memberi pendedahan kepada peserta-peserta Bengkel DFKL 2019 menjadi seorang pelakon yang mempunyai ilmu dalam bidang lakonan. Erma berharap agar peserta bengkel kali ini mampu bersinar sebagai pelakon yang mempunyai bakat dan tidak mengotori industri lakonan dengan gosip-gosip murahan sahaja.

Erma Fatima ketika menjadi tenaga pengajar di Bengkel DFKL 2019 23 Mac lalu

Baca: “Artis hari ini kurang ekslusif di mata masyarakat,”- Rosyam Nor 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my