Diri Dhia

Hapaknya bau badan! 2 bahan ini merawat masalah badan berbau

Oleh  | 

SESETENGAH manusia mempunyai masalah bau badan yang sangat kuat dan sehinggakan sukar untuk dikawal. Kebersihan diri atau personal hygiene merupakan satu perkara yang sangat penting!

Bukan sebab apa,tapi demi untuk menjaga kesihatan diri juga. Jadi, mereka yang mempunyai masalah badan berbau ini, kalau tidak dikawal kemungkinan boleh mendatangkan penyakit dan orang pun akan menjauhkan diri daripada kita.

Jadi untuk elakkan masalah itu berlaku, sis nak kongsikan korang langkah dan tips untuk mengawal masalah badan berbau tu okay? Caranya mudah saja!

Terdapat beberapa bahan yang diperlukan untuk merawat masalah badan berbau ini. Bahan-bahan yang diperlukan ni mungkin dah pun tersedia ada di dapur rumah korang, seperti 3 batang serai, 2 helai daun pandan dan 2 mangkuk air.

Langkah sesterusnya, korang potong daun serai dan pandan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang dah berisi air. Rebuskan daun serai dan pandan tu sehingga airnya naik mendidih.

 

Biarkan air tersebut mendidih selama dua minit dan pastikan periuk tertutup. Selagi korang tak berbau wangi daun serai dan pandan tu, jangan buka tutup periuk tu okay?

Kalau bau dah naik, korang tunggu air tu menjadi suam sikit, kemudian minum air tu. Korang boleh minum air tu pada bila-bila masa yang sesuai. Jangan risau air tu tak rasa apa-apa pun cuma air tu wangi je.

Kalau korang nak singkirkan angin dalam badan tu pun boleh je tambah halia yang dihiris dalam dua ke tiga keping. Korang boleh jadikan air ini sebagai stock air untuk diminum dengan ditambah dua liter air kosong.qa

Semoga tips dan langkah yang sis kongsikan dekat korang ni berkesan dan korang yang tak ada masalah badan berbau dengan kuat pun boleh juga untuk mencuba.

Sumber:Siraplimau.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my