D-Life

Happy Single Awareness Day : Patut happy ke sedih?

Oleh  | 

SINGLE Awareness Day (SAD) atau Single Appreciation Day adalah hari perayaan orang-orang yang tidak mempunyai relationship. Haa, korang ingat pasangan kekasih je ke ada perayaan? Walaupun kedengaran macam sendu tapi sekurang-kurangnya orang-orang single ni masih diraikan tau.

Kalau korang nak tau, di US, Single Day disambut pada 22 September dan di United Kingdom pula hari single disambut pada 15 Februari. Jadi, hari ini semua orang yang single akan berkumpul beramai-ramai di satu tempat. Ada yang berkongsi kesedihan dan ada juga yang seronok menjadi single. Sebab yang single pun boleh dan layak untuk bahagia okay!

Tapi pernah terfikir tak tujuan utama Single day ni diwujudkan? Kalau tak tahu, team Dhia nak bagitahu. Ia sebagai kesedaran kepada masyarakat yang sebenarnya isn’t bad pun menjadi single. Selalunya orang yang single lebih menghargai orang sekeliling mereka dan lebih appreciate diri sendiri.

Rasanya kenapa eh orang pilih untuk jadi single? Kalau tanya orang ramai mesti kita akan dengar macam-macam versi jawapan. Ada yang single sebab pernah dicurangi sampai boleh fobia untuk bercinta balik, ada yang nak hidup bebas, ada yang sejak azali sebab tak pernah ada pasangan. So, jadi single ni adalah pilihan dan korang tak perlu stress pun. You’re not alone okay. 

Selain mendapat kebebasan yang total, menjadi single ni jadikan kita seorang yang berdikari atau mandiri. Kita cenderung untuk buat sesuatu perkara tanpa harapkan bantuan sesiapa. Tak kira lah soal perasaan atau perbuatan sekali pun, menjadi single buat kita jadi lebih kuat!

Bukan itu je, kita bebas dari aturan “cinta” yang pasangan tetapkan. Tak boleh itu, tak boleh ini, kena macam tu, kena macam ni sampai korang tak boleh jadi diri sendiri semata-mata nak jaga hubungan korang. Kan tak best bila kena kongkong kan?

Bagi Dhia, menjadi single ni okay je sebab korang boleh fokus pada study atau karier korang dan tak perlu nak fikir hati dan perasaan orang lain. If korang nak kejar impian dan kerjaya pun korang boleh decide sendiri tanpa perlu nak jaga hati sesiapa. Lebih mudah sebenarnya, betul tak?

So girls yang tengah single tu bertenang. Korang enjoy your life selagi boleh. Love yourself first. Bila korang belajar untuk mencintai diri sendiri, automatik korang akan belajar terima kelemahan dan kelebihan diri korang. Ini akan buat korang rasa bersyukur dan jauh lebih bahagia.

Happy Single Awareness Day, guys! Apa plan harini? Nak celebrate dekat mana? Dhia rasa macam nak pergi shopping baju atau buku la today. Self reward gitu.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my