Be-You-Ty

Harap muka cantik, tapi bra tak basuh. Ewww

Oleh  | 

KALAU kamu nak tahu, cara penjagaan baju dalam sama pentingnya dengan penjagaan pakaian kamu yang lain. Jika kamu tidak menjaganya,  bra kamu akan rosak lebih cepat berbanding yang sepatutnya.

Tak seronoklah kalau luaran kita buka main cantik dan mahal lagi tapi yang ‘di dalam’ itu terjaga.  Jadi, ini kami kongsikan antara cara penjagaan untuk baju dalam kamu!

Basuh!

via GIPHY

Jangan tak tahu, ada yang sanggup memakai bra yang tidak dicuci selama berhari-hari. ewww!

Basuhlah setiap kali kamu memakainya dengan menggunakan air sejuk. Jangan basuh bra kamu dengan air panas kerana ia akan merosakkan elastic dan memendekkan jangan hayat bra kamu.

Guna tangan

Lebih baik sekiranya kamu membasuh bra kamu dengan tangan kamu sendiri berbanding mesin. Ini kerana ia dapat memelihara bentuk bra kamu agar tetap anjal.

Katakan tidak pada peluntur

via GIPHY

Jangan memandai-mandai  basuh bra kamu dengan peluntur. Pilihlah sabun membasuh pakaian yang sesuai. Ini kerana sekiranya kamu menggunakan peluntur, ia akan merosakkan fabrik bra kamu.

Laundry bag

via GIPHY

Sekiranya kamu ingin membasuh bra kamu menggunakan mesin bersama-sama pakaian yang lain. Kamu disaran menggunakan laundry bagi bagi mengelakkan cangkuk dan tali bra kamu tercabut.

Keringkan di bawah cahaya matahari

Keringkan bra kamu di bawah cahaya matahari. Jangan pula kamu perah dengan memulas bra kamu sebelum sidai. Ia akan membuatkan bentuk bra kamu rosak.  Selepas kering,lipat dan simpan bra kamu di tempat tertentu yang berlainan dengan pakaian lain. Dengan itu, kamu dapatlah simpan bra kamu lebih lama tanpa perlu berbelanja selalu!

Sumber: therighthook

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my