Serious?!

“Haters ni munafik dan lembu bertopengkan manusia”- Suhaimi Saad

Oleh  | 

BERANG dengan kecaman netizen yang diterima, bekas ahli kumpulan nasyid terkenal, Suhaimi Saad memuat naik status akaun Facebook mengingatkan orang awam agar menahan mata dan telinga serta tidak terburu-buru menurunkan komen di laman sosial.

Semua ini gara-gara kenyataan yang dikeluarkan penyanyi itu mengenai saiz matahari dan bulan yang dikatakan bukan berbentuk sfera sekali gus bertentangan dengan fahaman sains.

“Kalau ss dah block dan delete, rugi la sikit.

“Sebab terpaksa join haters

“Terpaksa buat akaun palsu,”

FOTO: Facebook Suhaimi Saad

Selain itu, Suhaimi juga menyifatkan  haters yang menghentamnya sebagai munafik.

“Haters ini sebenarnya para munafik dan lembu bertopengkan manusia.

“Mereka adalah orang bodoh yang membenci sesama muslim,” tulis Suhaimi.

Menerusi akaun Facebooknya yang dikenali sebagai Mosus, penyanyi itu turut mencabar angkasawan negara untuk menyatakan bumi ini berbentuk sfera.

Hanya dengan itu, Suhami akan menghentikan kajiannya dan membantu dalam membantu untuk berdakwah tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

FOTO: Facebook Suhaimi Saad

Terdahulu Suhaimi Saad dikritik hebat  berikutan pendiriannya untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah kerana lebih percaya kepada teknik home schooling sebagai pendidikan utama untuk anak-anaknya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my